• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun OKU Bekerja Lebih Tinggi Sebagai Galakan

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Orang kurang upaya (OKU) yang bekerja menerima elaun lebih tinggi berbanding OKU tidak bekerja sebagai galakan untuk mendorong golongan itu bekerja, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim.

Menurutnya, elaun bulanan bagi OKU tidak bekerja adalah RM200 dan bagi yang bekerja RM350.

Katanya kementeriannya menyediakan pelbagai kemudahan bagi menggalakkan golongan itu bekerja antaranya melalui Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) untuk memberi latihan kepada mereka dan pemberian elaun yang lebih tinggi.

“Ada orang tanya mengapa yang bekerja lebih banyak, ini kerana elaun itu adalah galakan kepada mereka kerana mereka perlu keluar untuk bekerja,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 10 ahli Majlis Kebangsaan Bagi OKU, di sini hari ini.

Rohani berkata daripada 420,000 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kira-kira 13,000 kini bekerja di sektor swasta, manakala 3,400 bertugas di sektor awam.

Dalam pada itu, Rohani berkata pelantikan ahli majlis itu adalah bagi tempoh dua tahun bermula 1 Jan lepas hingga 31 Dis 2018 dan dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran mereka serta kategori OKU yang diwakili bagi memastikan tiada golongan yang ketinggalan.

“Buat pertama kalinya kita lantik seorang ahli majlis OKU kerdil kerana mungkin ada keperluan mereka yang perlu kita ambil kira dan dengan pelantikan ini mereka boleh suarakan sendiri,” katanya.

Mereka ialah Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Azian Sofia Amin (OKU fizikal); Mohd Yazid Bain (OKU pendengaran dan pertuturan); V. Murugeswaran (OKU fizikal); Choo Siew Cheong (OKU penglihatan); Fariz Abd Rani (OKU fizikal dan mewakili Sabah); Jatan Kidu (OKU fizikal dan mewakili Sarawak); selebriti Ras Adiba Mohd Radzi (OKU fizikal); penceramah bebas Dr Ruziah Ghazali (OKU kerdil); ahli akademik dalam bidang sains kognitif Dr Ong Puay Hoon; dan Pengarah WQ Park Health and Rehabilitation Centre Dr Sulaiman Abdul Mutalib.

Rohani berkata majlis itu berperanan menyelia pelaksanaan dasar dan pelan tindakan negara mengenai OKU dan membuat syor kepada kerajaan mengenai semua aspek termasuk sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU.

Katanya tujuh jawatankuasa turut ditubuhkan di bawah majlis itu, meliputi bidang pengangkutan, pendidikan, pekerjaan, kebolehcapaian, keselamatan, pendaftaran dan kualiti hidup.- BERNAMA

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd