• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DrMAZA.com Saran Kafirkan Pihak Tangguh ‘Akidah’

oleh Ahmad Albab
08/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laman Facebook DrMAZA.com milik Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyarankan penyokong sebuah parti politik dalam negara supaya mengkafirkan pihak yang menangguhkan ‘akidah’ mereka.

Laman Facebook tersebut berkata, mengkafirkan dan memaki hamun merupakan amalan soleh penegakan syariah pemimpin, ahli dan penyokong parti berkenaan.

“Jika mereka berminat memaki dan mengkafirkan, mungkin mereka boleh kafirkan sesiapa yang menangguhkan selama tiga kali perkara yang menjadi ‘akidah’ mereka itu,” kata laman Facebook itu hari ini.

Ahli dan penyokong parti yang dimaksudkan oleh laman Facebook Mufti Perlis itu dipercayai ahli dan penyokong PAS.

Presiden PAS semalam membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.

Perbahasan RUU 355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangan itu bagaimanapun ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia gara-gara provokasi melampau Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang membantah RUU 355.

Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) menentang hebat usaha tersebut sejak tahun lalu.

DAP pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.

PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.

Mufti Perlis turut mengkritik RUU dengan berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dr.mazaparti politikRUU 355
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd