• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Keliru Hukuman Gantung Sumareh

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dollah Salleh melahirkan rasa hairan dengan hukuman penggantungan yang dikenakan kepada pemainya Mohamadou Sumareh.

Beliau mengakui masih belum dapat memahami dengan jelas sebab Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu yang mengumumkan hukuman penggantungan ke atas pemain dari Gambia itu.

“Apa sebab, punca dan kenapa. Saya tidak faham apa punca dikenakan tindakan pengantungan kepada Sumareh.

“Tengok tayangan video perlawanan, pengadil perlawanan tidak melayangkan kad, tahu-tahu sahaja dia kena (tindakan) sedangkan dia yang kena terjah. Tapi dia pula digantung.

“Saya tak faham tindakan yang diambil kerana dia adalah mangsa, namun dikenakan tindakan,” katanya.

Sumareh digantung untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA apabila Pahang menentang Negeri Sembilan pada Ahad ini.

Sumareh dilihat melakukan terjahan ke atas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Afif Fazail dalam perlawanan suku akhir Piala FA pada Ahad lalu.

Dollah berkata setakat ini beliau difahamkan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) masih belum menerima surat pengesahan mengenai pengantungan tersebut.

Baljit Singh turut mengumumkan empat pemain Liga Super digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 atas kesalahan melakukan terjahan keras, termasuk Sumareh dan Afiq Fazail.

Dua lagi pemain ialah Mohd Rizal Ghazali (Kedah) dan Mohd Fakhrurazi Musa (T-Team) yang digantung dua perlawanan. – BERNAMA

Tags: Dollah SallehFAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd