• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditahan Cuba Seludup Masuk Ikan Dari Indonesia

oleh Ahmad Albab
14/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan dua lelaki, termasuk seorang remaja warga Indonesia, ketika cuba menyeludup masuk 500 kilogram ikan pelbagai jenis dari Indonesia tanpa permit sah ke daerah ini, semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah Empat Sabah Supt Norzaid Mohammad Said berkata dalam operasi di kawasan laut Kampung Tampi-Tampi kira-kira 7.20 pagi itu, anggota PPM terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum menahan bot serta kedua-dua suspek tersebut untuk pemeriksaan lanjut.

“Juragan berusia 53 tahun bersama anak perahunya, seorang remaja lelaki Indonesia berusia 19 tahun, ditemui bersama pelbagai jenis ikan yang diisi di dalam lima peti ikan tanpa permit sah dari Indonesia untuk dibawa ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Norzaid berkata juragan itu ditahan mengikut Akta Perikanan manakala remaja Indonesia itu ditahan menurut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Menurutnya, bot dan kesemua peti ikan yang dirampas itu bernilai RM14,500.

Kesemua tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Pangkalan Marin Semporna untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: IkanPPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

Ratusan Ikan Mati, Terapung Di Sungai Ketil

28/07/2025
0

GUA MUSANG: Kejadian ratusan ikan mati di Sungai Ketil, dekat Taman Rekreasi Rimba Wangi, Taman Wangi, di sini, dua hari...

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

Ikan, Hidupan Laut Mati Akibat Air Pasang Merah Di Pulau Pinang

28/08/2023
0

GEORGETOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil Jabatan Perikanan Negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd