SETELAH setengah abad berlalu, akhirnya senaskhah buku milik sebuah perpustakaan awam di Phillipsburg, Amerika Syarikat dikembalikan selepas 50 tahun dipinjam.
Buku novel tersebut berjudul “Dropped from the Clouds” karya Jules Verne itu dilaporkan pernah dipinjam pada tahun 1967.
Berita aneh itu dimaklumkan menerusi akaun Facebook perpustakaan tersebut yang akui pihaknya terkejut buku yang dipinjam 50 tahun lalu itu dipulangkan pada Jumaat lalu.
“Lihat apa yang kami temukan di tempat peletakan buku kemarin. Ini adalah buku paling lama dipinjam dan dikembalikan di sini,” antara ditulis menerusi akaun Facebook itu.
Gambar buku berkenaan turut dimuat naik bersama posting pemberitahuan tersebut,
Turut tertera, tarikh yang sepatutnya buku itu dipulangkan kembali iaitu 5 Januari 1967
Sementara itu, pihak perpustakaan tersebut memaklumkan tidak dapat mengenal pasti siapakah yang telah memulangkan buku tersebut.

Menurut mereka, keadaan buku novel itu dilihat sudah lusuh dan lama.
Awal Januari lalu, sebuah perpustakaan di San Fransisco dikejutkan dengan pemulangan sebuah buku berjudul ‘Forty Minute Late’ yang dipinjam 100 tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

