• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Cipta Sejarah Berlangsung Hampir 20 Jam

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen mencipta rekod baharu pada Khamis setelah berlangsung hampir 20 jam bermula 10 pagi Rabu hingga 5.05 pagi Khamis.

Penangguhan sidang mesyuarat itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, diluluskan dengan undian suara majoriti.

Pada 2015, Dewan Rakyat mencipta rekod persidangan terpanjang selepas ditangguhkan pada 4.25 pagi mengatasi rekod sidang sebelumnya pada 3.21 pagi.

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata, Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.

Cukai Pelancongan 2017 bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai pelancongan ke atas mereka yang menginap di premis pelancongan di Malaysia.

Cukai itu dirancang untuk mengenakan levi ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis yang disediakan oleh pengendali pada kadar ditetapkan menteri.

“Sekiranya kita buat promosi dengan begitu baik sekali dan mendapat kadar penginapan mencecah 80 peratus maka jumlah kutipan akan meningkat sehingga RM872.82 juta,” katanya.

Menurut Mohamed Nazri, kutipan cukai itu mampu memberikan dana yang mampan setiap tahun bagi membolehkan industri pelancongan dimajukan dan menjadi lebih berdaya saing.

Cukai itu akan dikenakan pada semua jenis premis pelancongan kecuali homestay dan inap desa yang berdaftar dengan kementerian, premis penginapan yang dikendalikan institusi pendidikan atau latihan yang bukan tujuan komersial dan premis penginapan yang diusahakan institusi keagamaan, katanya.

Beliau berkata, cukai tersebut akan dijadikan cukai persekutuan bertujuan mengelakkan perselisihan dengan kerajaan negeri dari segi kebolehan mengenakan cukai memandangkan sesetengah negeri berhak mengenakan cukai melalui majlis perbandaran seperti Pulau Pinang dan Melaka.

Terdahulu, persidangan dewan meluluskan usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bagi membawa lima rang undang-undang yang sepatutnya dibentang untuk bacaan kali kedua, ke persidangan akan datang.

Ia melibatkan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Agensi Pekerjaan Swasta (Pindaan) 2017, dan Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016.

Beliau turut memohon untuk menarik balik Rang Undang-Undang Setem (Pindaan) 2016.

Dalam pada itu, persidangan Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2017, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, Rang Undang-Undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2017, dan Rang Undang-Undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuaan (Pindaan) 2017.

Persidangan dewan ditangguhkan ke 10 pagi. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

Shahidan Bawa Isu Raptai UniMAP Ke Dewan Rakyat Isnin Ini, Mahu Penjelasan Menyeluruh

01/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim akan membawa isu kontroversi sesi raptai Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)...

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

Jawapan PMX Di Parlimen Mengenai Isu Mafia Korporat Berpusing-Pusing – Rafizi

21/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd