• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: Bunga Tahi Ayam Boleh Halau Nyamuk

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Jabatan Kesihatan Pahang mengenal pasti dua tumbuhan yang boleh menghalau nyamuk sekali gus dapat mengurangkan penularan wabak denggi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Datuk Norol Azali Sulaiman tumbuhan itu ialah pokok jeremin yang juga disebut sebagai pokok halau nyamuk atau jari lima serta pokok lantana camara atau lebih dikenali sebagai bunga tahi ayam.

Beliau berkata dua tumbuhan ini sesuai ditanam di kawasan rumah dan bukan sahaja berfungsi sebagai penghalau nyamuk, tetapi juga sesuai dijadikan pokok hiasan.

“Kajian mengenai kesesuaian pokok ini telah dilakukan sejak tahun 2010. Maka, kita mencadangkan kepada pihak terlibat seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menggalakkan tumbuhan jenis ini di kawasan perumahan,” katanya kepada pemberita.

Beliau menghadiri program Gotong-Royong Bersepadu Perangi Aedes 2017 di Taman Saga, Mentakab hari in, yang turut disertai Pengarah Kesihatan Pahang, Dr. Sha’ari Ngadiman.

Norol Azali berharap penduduk dapat mengambil inisiatif menanam tumbuhan itu di kawasan perumahan mereka, memandangkan benih tumbuhan tersebut mudah diperoleh dan tumbuhannya tidak rumit untuk dijaga.

“Rasanya tiada masalah untuk penduduk menanamnya di kawasan persekitaran rumah mereka. Ini adalah inisiatif yang boleh dilakukan penduduk untuk sama-sama mengambil bahagian dalam mencegah demam denggi selain menyertai aktiviti gotong-royong,” katanya.

Beliau berkata untuk tahun ini, kerjaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan serta agensi terlibat telah melaksanakan 146 aktiviti gotong-royong di seluruh negeri.

Beliau juga memaklumkan kes demam denggi di Pahang bagi empat bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan iaitu 703 kes berbanding 1,060 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu. – BERNAMA

Tags: Nyamuk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera China Ada Radar Boleh Kesan Nyamuk

01/04/2018
0

CANGGIH... Pihak berkuasa China berjaya membangunkan sebuah radar tentera super sensitif yang mampu mengesan pergerakan sayap dengung nyamuk sehingga jarak...

Melaka Pertama Di Malaysia Guna Dron ‘Buru’ Nyamuk

11/02/2018
0

UNIK... Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah menjadi pusat kesihatan pertama di negara ini yang menggunakan pesawat kawalan jauh atau 'dron'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd