• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas, Angin Kencang Tidak Jejas Misi Kayuhan Solo

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Cuaca panas dan angin kencang sepanjang kayuhan dari Kuala Perlis, Perlis ke Masjid Zahir, di sini sedikit pun tidak membantutkan misi kayuhan pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rashid untuk meneruskan ekspedisi Kayuhan Solo ‘Dari Masjid Ku Menjelajah’.

Khairil Aslan, 42, yang tiba di Kuala Perlis pada 11.30 pagi semalam memulakan kayuhan sejauh 50 kilometer (km) menuju ke Masjid Zahir, di sini pada 10 pagi tadi.

“Saya bersyukur kerana tiada perkara buruk berlaku seperti tayar belakang basikal tercabut semasa kayuhan di Langkawi, Isnin lepas. Cuma cuaca panas memberi cabaran kecil kepada saya tetapi hujan lebat turun lagi satu kilometer kayuhan untuk sampai ke Masjid Zahir.

“Selain itu, angin kencang semasa melalui kawasan bendang juga menyukarkan sedikit kayuhan saya,” katanya kepada Bernama di sini.

Khairil Aslan memulakan kayuhan pada pukul 10 pagi dari Kuala Perlis dan berhenti di masjid ini untuk menunaikan solat zohor sebelum meneruskan kayuhan sejauh 70km menuju ke Sungai Petani.

Walaupun kepenatan, Khairil Aslan berkata beliau gembira kerana dapat bertemu dengan penduduk tempatan yang ramah selain dapat menambah ilmu berkaitan sejarah masjid lama dan baharu yang ada di setiap daerah.

“Macam semalam semasa berhenti di Masjid Terapung di Perlis, saya dapat mengetahui sejarah masjid tersebut. Seorang daripada kariah masjid berkenaan juga sudi menemani saya dengan berkayuh basikal sehingga ke sempadan Perlis-Kedah pagi tadi.

“Saya akan singgah di masjid sekitar Alor Setar dan Sungai Petani sebelum meneruskan kayuhan ke Grik, Perak dan Jeli, Kelantan,” katanya.

Beliau memilih masjid sebagai tempat persinggahannya sepanjang ekspedisi yang bermula 16 April lepas sebagai usaha untuk mendekati masyarakat setempat khususnya golongan belia di samping berkongsi pengalaman sebagai pendaki dan pengayuh basikal secara solo.

Ekspedisi selama 30 hari sejauh 2,700km itu bermula pada 16 April lepas di Masjid Bandar Seri Putera, Bangi sebelum berakhir di masjid sama pada 12 Mei dan ia merupakan latihannya untuk Ekspedisi Solo Semenanjung Malaysia Berbasikal dan Mendaki selama 67 hari bermula Jun ini. – BERNAMA

Tags: Berbasikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bella Dally Mohon Maaf

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran...

Artis Wanita Ditahan Akibat Berbasikal Rentas Negeri

21/10/2020
0

GOMBAK - Tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd