• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei, Lin Dan Jumpa Di Final Terbuka Malaysia

oleh
09/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Final impian antara dua seteru utama badminton dunia Datuk Lee Chong Wei dan pemain China, Lin Dan akhirnya menjadi kenyataan pada Kejohanan Terbuka Malaysia 2017.

Chong Wei, 34, kini hanya selangkah untuk menambah koleksi kemenangan ke-12 acara perseorangan lelaki ketika Lin Dan pula mencari kejuaraan sulung di Terbuka Malaysia.

Di hadapan lebih 4,000 penonton hari ini, Chong Wei yang kini berada pada ranking pertama dunia, mara apabila mudah menewaskan pemain Hong Kong, Vincent Wong pada aksi separuh akhir di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, dekat sini.

Chong Wei menang 21-12, 21-9 dalam tempoh 40 minit, sekali gus menempah pertemuan dengan Lin Dan yang melayakkan diri lebih awal selepas menundukkan Son Wan Ho dari Korea Selatan, 27-25, 19-21, 21-16.

Sebagai rekod, Chong Wei hanya menang 12 kali daripada 37 pertemuannya dengan Lin Dan dengan pemain utama negara menang dalam tiga pertembungan terakhir termasuk di separuh akhir Sukan Olimpik Rio, Ogos lalu.

Stadium Perpaduan bukan asing buat Chong Wei kerana pada 2006 beliau menewaskan Lin Dan dalam pertarungan sengit apabila bangkit ketika ketinggalan 13-20 di set penentuan sebelum menang 23-21 dan menamatkan perlawanan dengan 21-18, 18-21, 23-21, untuk gelaran ketiga berturut-turutnya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd