• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan P.Pinang Naikkan Surcaj SPA Bebankan Pengguna

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Cadangan kerajaan Pulau Pinang untuk menaikkan kadar surcaj penggunaan air domestik atas alasan pemuliharaan air adalah tidak wajar dan akan membebankan pengguna, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata kadar surcaj mula diperkenalkan pada November 2010 dan kempen penjimatan air oleh kerajaan negeri dengan mengenakan surcaj pemuliharaan air (SPA) gagal mengurangkan penggunaan air per kapita Pulau Pinang.

“Atas alasan penggunaan air per kapita masih tinggi dan tidak menunjukkan penurunan, kerajaan DAP Pulau Pinang pada September 2013 telah menaikkan kadar surcaj sebanyak 100 peratus daripada 24 sen kepada 48 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan.

“Kini April 2017, dengan menggunakan alasan sama, kerajaan pimpinan Lim Guan Eng sekali lagi akan menaikkan surcaj pemuliharaan air, kali ini lebih 100 peratus daripada 48 sen kepada 100 sen bagi setiap 1,000 liter penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan, “katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri ‘mendenda’ rakyat Pulau Pinang dengan mengenakan surcaj pemuliharaan air ternyata masih gagal menurunkan kadar penggunaan air per kapita harian negeri.

“Kerajaan negeri gagal menurunkan kadar penggunaan air tetapi berjaya memberi pendapatan tambahan dan seterusnnya keuntungan kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan kerajaan negeri.

“Perlu diingatkan, pada 2015 tarif air domestik bagi Pulau Pinang juga telah dinaikkan sebanyak 16.7 peratus oleh kerajaan negeri walaupun telah berkali-kali berjanji untuk tidak menaikkan tarif air,” katanya.

Zainal Abidin berkata selama 15 tahun di bawah kerajaan negeri Barisan Nasional dari 1993 hingga 2008, tidak pernah sekali pun tarif air dinaikkan.

Malah Zainal Abidin berkata tiada sebarang surcaj pernah dikenakan ke atas pengguna air di Pulau Pinang namun PBAPP pada tempoh itu masih mampu memberi bekalan air bersih yang berkualiti dan perkhidmatan yang baik kepada rakyat negeri ini.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya lebih bertimbang rasa dengan masalah sara hidup yang sedang dihadapi rakyat negeri ini. Tindakan kerajaan negeri dan PBAPP menaikkan surcaj akan hanya menambah bebanan ke atas mereka,” katanya.

Sementara itu, nada sama turut disuarakan Pemuda UMNO Pulau Pinang yang membantah cadangan kerajaan negeri menaikkan SPA kerana ia akan memberi kesan langsung kepada peningkatan kos sara hidup penduduk negeri ini.

Ketua Pemudanya Razifal Abdul Rahim berkata ketika ini kos sara hidup sememangnya cukup tinggi ekoran pelbagai caj baharu dan caj sedia ada yang dikenakan oleh kerajaan negeri sejak memerintah negeri ini.

Semalam, Lim dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menaikkan SPA bagi penggunaan domestik sebagai sebahagian daripada usaha menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat negeri ini.

Ketua Menteri itu berkata SPA akan dinaikkan daripada 48 sen kepada RM1 setiap 1,000 liter air untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan sebagai langkah terakhir mengurangkan kadar pembaziran air di Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd