• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Pelajar Boleh Bawa Peranti Ke Sekolah

oleh Ahmad Albab
18/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan bercadang membenarkan pelajar menggunakan alat peranti seperti laptop, tablet dan telefon bimbit di sekolah untuk tujuan pembelajaran.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penggunaan alat tersebut bagi tujuan Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam kelas mengikut masa dan subjek yang akan ditetapkan kementerian.

Katanya, cadangan itu bagaimanapun belum dimuktamadkan kerana kementerian perlu mengkaji cadangan itu secara terperinci sebelum melaksanakannya.

“Saya masih belum memikirkan jenis alat peranti yang boleh dibawa oleh pelajar ke sekolah…mungkin selepas perbincangan lanjut, kementerian akan umumkan keputusannya dalam tempoh dua bulan akan datang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan majlis pelancaran 70 Buku Siri Sukan terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan perjanjian kerjasama penerbitan antara ITBM-Pusat Kebudayaan Han Malaysia (HCCM), di sini.

Turut hadir Pengerusi ITBM, Budiman Mohd Zohdi dan Pengarah Urusan ITBM, Mohd Khair Ngadiron.

Mahdzir menarik perhatian bahawa beberapa negara maju seperti Jepun dan Korea telah membenarkan secara terhad penggunaan beberapa peranti seumpamanya di sekolah.

Katanya, bagi menjayakan cadangan penggunaan alat peranti di sekolah, beliau mengarahkan pembekal Perkhidmatan 1BestariNet meningkatkan kapasiti kelajuan jalur lebar sehingga enam gigabit sesaat di sekolah luar bandar manakala 12 gigabit sesaat bagi sekolah di bandar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd