• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku Masih Relevan Sebagai Bahan Rujukan

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Buku sebagai bahan rujukan utama adalah masih relevan biarpun berhadapan dengan saingan ledakan teknologi maklumat, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Nafisah Ahmad.

Beliau berkata walaupun masyarakat masa kini lebih selesa menggunakan teknologi maklumat seperti Internet bagi mencari maklumat, namun buku kekal menjadi sumber rujukan paling dipercayai.

“Carian di Internet mungkin memberi akses pantas kepada bahan yang diperlukan, Namun harus diingat tidak semuanya memaparkan informasi yang benar dan tepat. Justeru, buku sama ada dalam format digital mahupun fizikal adalah sumber terbaik kerana diterbitkan mengikut tapisan serta pengawasan rapi.

“Di Internet, siapa sahaja boleh memuat naik informasi dan maklumat biarpun kadang-kala pada hakikatnya mereka sendiri tidak mempunyai kefahaman serta tidak pasti akan kesahihannya,” tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit di Auditorium PNM di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ghaffar A. Tambi.

Sementara itu Nafisah berkata dalam memastikan industri penerbitan buku di negara ini terus mampu bersaing dengan kepantasan teknologi, PNM telah mengatur pelbagai perancangan bagi membantu pemain industri.

Beliau berkata antara inisiatif itu termasuk menyediakan dana khas bagi pihaknya menjalankan penulisan dan penerbitan buku selain pelaksanaan skim belian buku secara terus daripada penulis tanpa melalui pihak ketiga.

“Langkah ini bukan sahaja penting dalam memastikan kelangsungan industri penulisan dan penerbitan buku, malah pada masa sama diharap mampu meningkatkan pengeluaran buku secara tahunan di negara ini.

“Dengan jumlah penduduk terkini Malaysia seramai 31.7 juta orang, pihak industri sekurang-kurangnya perlu menerbitkan kira-kira 31,000 buah buku setahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Nafisah Ahmad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raihan Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Next Post

Annuar Gembira Dapat Beri Penjelasan

Related Posts

No Content Available
Next Post

Annuar Gembira Dapat Beri Penjelasan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd