• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Muslim Bebas Niaga Maghrib – Exco Kelantan

oleh
20/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Peniaga bukan beragama Islam di kawasan yang penduduknya ramai masyarakat bukan Muslim tersebut bebas untuk melakukan peniagaan masing-masing pada waktu Maghrib.

Perkara itu disahkan Exco Kerajaan PAS Kelantan yang menyatakan pihaknya sedia mengecualikan peniaga bukan Islam di kawasan tertentu daripada peraturan larangan perniagaan pasar malam seketika selepas azan Maghrib.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya sedia berbincang kerana arahan itu dikeluarkan semata-mata demi keselesaan umat Islam.

Ia terutama peniaga dapat menjalankan ibadah solat fardu tanpa masalaha kerana tempoh waktu Maghrib adalah pendek berbanding yang lain sehinggakan ada terlepas menunaikan sembahyang kerana sibuk melayan pelanggan.

Abdul Fattah seterusnya berkata, peraturan tersebut juga dibuat khususnya kepada peniaga pasar malam memandangkan majoriti perniagaan jenis itu dijalankan di kawasan yang berjauhan dengan kemudahan solat.

“Kita sedia berbincang jika ada laporan dan permintaan daripada peniaga bukan Islam. Matlamat sebenar kita sebenarnya adalah untuk memberi keselesaan kepada peniaga Islam yang menjadi majoriti peniaga pasar malam.

“Mereka juga mahu menunaikan solat Maghrib memandangkan jangka waktunya yang pendek. Itupun kita hanya meminta peniaga dapat menghentikan operasi hanya selama 10 minit sahaja selepas azan Maghrib selesai.

“Saya yakin peraturan ini tidak menjejaskan perniagaan bahkan boleh menjadi tarikan pelancong merasai keunikan Kelantan pada waktu senja tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Abdul Fattah tampil memberikan penjelasan berikutan kekeliruan yang cuba ditimbulkan sesetengah pihak khasnya tokoh politik Pakatan Harapan terhadap peraturan yang menjadi dasar kerajaan negeri Pantai Timur tersebut.

Beliau berkata, peraturan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu sudah lama dimulakan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sejak 1995 lagi melibatkan pasar-pasar malam utama.

Ia kemudiannya diperluaskan pula ke kawasan PBT lain pada 2005 dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada masyarakat kerana selepas habis solat Maghrib, mereka dapat membeli-belah tanpa risau tertinggal ibadah fardu.

Dalam pada itu, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Ashaari Mamat berkata, peraturan menghentikan seketika urus niaga pada waktu Maghrib di semua pasar malam sudah sebati dengan amalan rakyat Kelantan.

Katanya, peraturan seperti itu sepatutnya disokong kerana ia dapat mendidik rakyat supaya segera menunaikan solat. Lagipun, solat Maghrib waktunya begitu pendek dan ia perlu disegerakan bagi mengelakkan luput waktu.

“Malangnya ada pemimpin Melayu yang berjiwa sekular tidak menerima peraturan seperti itu. Ini sesuatu yang cukup malang bagi rakyat Malaysia,” katanya yang dipetik portal rasmi PAS, Harakahdaily di sini.

Aktivis DAP, Datuk Zaid Ibrahim dilapor mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan berikutan arahan untuk peniaga pasar malam supaya menghentikan perniagaan sementara ketika solat Maghrib.

“Saya akan memfailkan saman terhadap kerajaan PAS Kelantan minggu ini. Arahan supaya peniaga pasar malam menghentikan perniagaan ketika solat Maghrib adalah tidak sah,” katanya menerusi laman sosial baru-baru ini.

Sebelum itu ADUN Salor yang juga Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa juga dilapor turut mempersoalkan langkah kerajaan negeri turut mengenakan larangan berniaga ke atas peniaga bukan Islam pada waktu Maghrib.

MPKB-BRI menerusi laman sesawang rasminya ada menjelaskan bahawa peraturan menghenti seketika urus niaga sepanjang waktu Maghrib di pasar malam sudah pun lama dilaksanakan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kelantanpasarsolat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Amidon Pernah Dianggap Gila Bercakap Dengan Mayat

Next Post

China Siapkan Masjid Ke-3 Terbesar Di Dunia

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Next Post

China Siapkan Masjid Ke-3 Terbesar Di Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd