• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 5 Tahun Maut Kepala Tersepit Di Restoran Berputar

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG kanak-kanak lima tahun maut pada tengah hari Jumaat lalu selepas kepalanya tersepit di restoran berputar di Atlanta.

Kanak-kanak malang itu dikatakan berkunjung ke restoran itu bersama keluarganya dari Charlotte, North Carolina untuk menikmati makan tengah hari di restoran Sun Dial di tingkat 72 Hotel Westin Peachtree Plaza.

Restoran tersebut berputar bagi memberikan pemandangan pencakar langit 360 darjah, dan mangsa dilaporkan tersepit di antara dinding dan sebuah meja yang sedang bergerak.

Menurut laporan WSBTV, keluarga mangsa merupakan pelanggan terakhir di restoran itu semasa mangsa berkeliaran jauh daripada pengawasan ibu bapanya untuk melihat pemandangan luar.

Pegawai keselamatan dan kakitangan hotel cuba mengeluarkan budak lelaki selepas dilihat tersepit. Lantai bergerak di restoran juga dihentikan.

Bagaimanapun sudah terlambat kerana kanak-kanak tersebut mengalami trauma yang teruk di kepala.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Grady tetapi kemudiannya disahkan meninggal dunia.

“Satu kemalangan tragik membabitkan seorang budak lelaki berlaku di hotel,” kata Pengurus Hotel Westin Peachtree Plaza, George Read dalam satu kenyataan yang diperoleh AJC.

“Kesedihan kami tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ingatan dan doa buat keluarganya (mangsa),” katanya.

Restoran Sun Dial dikatakan ditutup buat sementara waktu, dan siasatan dijalankan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. – Mail Online/mStar Online

Tags: kanak-kanakrestoran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd