• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buaya Baham Anak Gajah Dibelasah Geng Gajah Dewasa

oleh
18/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LILONGWE – Dunia haiwan liar merupakan perjuangan antara hidup dan mati. Sang gagah memangsa yang lemah merupakan kitaran wajar lazim setiap hari.

Namun, bagaimana jika seekor buaya ingin memangsa seekor gajah kecil? Itulah kes yang berlaku di Taman Negara Liwonde, kira-kira 300 kilometer dari ibu kota Malawi, Lilongwe baru-baru ini.

Kisahnya bermula apabila seorang pelancong sedang merakam sekelompok gajah yang bergerak di tepian sungai untuk mencari air minuman bagi melepaskan dahaga dan menyejukkan tubuh.

Tiba-tiba tanpa diduga seekor buaya yang nampaknya memang sudah lama mengintai jauh pergerakan anggota rombongan mamalia itu segera menyambar belalai seekor anak gajah.

Menurut media antarabangsa, pelancong yang merakam peristiwa nadir itu dari perahunya sendiri dapat menyaksikan sang bedal berusaha sekuat tenaga untuk membunuh mangsanya.

Sementara anak gajah itu yang kelihatan panik cuba bertarung nyawa dengan menggoyang-goyangkan kepalanya untuk melepaskan gigitan sang buaya sebelum pemangsa ke daratan.

Sementara buaya itu tetap bergayut di belalai si gajah kecil terseut. Situasi cemas itu memaksa gajah dewasa lain berkumpul tetapi mereka juga pasrah tidak dapat berbuat apa-apa.

Dan untuk beberapa detik nampaknya anak gajah itu akan menjadi mangsa buaya. Untuk rekod, banyak kes di benua Afrika menyaksikan anak gajah biasanya maut dibaham buaya di sungai.

Namun, tuah menyebelahinya apabila kelompok gajah dewasa itu kemudian memutuskan untuk membantu si anak dan mereka bersama-sama menginjak-injak reptilia ganas tersebut.

Diinjak beramai-ramai oleh sejumlah gajah yang bertubuh besar itu akhirnya membuatkan buaya berkenaan lantas terpaksa menyerah dengan melepaskan gigitan cengkaman gigi tajamnya.

Peristiwa unik ini dirakamkan menerusi video amatur yang dilakukan oleh Alexander Makanga, pakar bioperubatan kelahiran Malawi yang kini menetap di Britain. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Buayagajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd