• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BooBoo Hilang Di Rumah Sesat Kembara 4,800km

oleh
09/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAN FRANCISCO – Seekor kucing yang hilang di California kira-kira dua setengah tahun lalu, ditemui semula akhirnya di negara jirannya, Kanada, beribu-ribu kilometer dari rumahnya.

Kucing yang bernama BooBoo itu, ternyata begitu asyik ‘mengembara’ sehingga terlupa untuk pulang ke rumah pemiliknya sendiri dan kemudian dilaporkan hilang pada Ogos 2014 di Watsonville, California.

Media tempatan melaporkan, BooBoo akhirnya muncul semula pada 30 Mac lalu tetapi dijumpai di tenggara Kanada, sekitar sejauh 4,830 kilometer dari rumahnya di California, Amerika Syarikat (AS).

Namun apabila BooBoo dibawa ke Pusat Kemanusiaan Guelph di Toronto, kucing itu kelihatan kemas dan ternyata sudah menjaga dirinya dengan baik selama ini meskipun ‘berkelana’ jauh hingga merentasi sempadan negara.

Pengarah Eksekutif persatuan itu, Adrienne McBride berkata, BooBoo dalam “keadaan yang bagus sekali” bahkan katanya, kucing itu sudah menjadi gemuk dan mungkin perlu berdiet apabila pulang ke pangkuan pemiliknya.

Jadi timbul pula persoalan cepumas menarik, bagaimana agaknya si BooBoo itu boleh selamba sahaja merentasi jarak beribu-ribu kilometer dari California ke Kanada termasuk menempuh pelbagai cuaca berbeza?

Pemiliknya, Ashley Aleman berkata BooBoo mungkin pernah ‘tumpang’ kereta orang tertentu kerana mamalia itu memang jenis suka melompat masuk ke atas kenderaan individu lain sebelum ini.

Kucing tersebut dikenal pasti sebagai BooBoo kerana ada mempunyai mikrocip pada tubuhnya. Para pegawai perlindungan haiwan sudah membawa BooBoo pulang ke California. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kucing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesesakan Di George Town Seperti Tiada Pengakhiran

Next Post

Sikap Ambil Mudah Pemain, Punca Kelantan Tewas

Related Posts

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

JPV Siasat Penemuan 10 Bangkai Kucing Di Tempat Pembuangan Sampah

08/02/2025
0

Georgetown : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan berhubung laporan dakwaan penemuan kira-kira 10 bangkai kucing dalam...

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Sikap Ambil Mudah Pemain, Punca Kelantan Tewas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd