• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Nafi Lewat Tiba Padam Kebakaran Rumah

oleh Ahmad Albab
19/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menafikan agensi itu lambat tiba ke lokasi kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Jalan Berek 12 di sini, Isnin lepas.

Pengarahnya Nazili Mahmood berkata malah, kecekapan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Kota Darul Naim, Pasir Tumboh dan Tunjong dapat menyelamatkan lebih 40 rumah membabitkan nilai harta benda sebanyak RM2 juta di kawasan setinggan berkenaan.

“Kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan sebanyak RM250,000 tetapi sekiranya tanpa kecekapan anggota bomba yang bertugas sudah pasti jumlah kerugian lebih besar.

“Sepertimana yang kita maklum, waktu kejadian adalah tengah hari dan angin kuat. Sudah pasti api cepat marak dan merebak apatah lagi rumah di situ dibuat menggunakan papan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak kebakaran berkenaan di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di laman sosial mendakwa kononnya pasukan penyelamat itu lambat tiba ke lokasi hingga menyebabkan kemusnahan lapan buah rumah dalam kebakaran tersebut.

Beliau berkata JBPM Kelantan turut membuka Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) di lokasi kebakaran dalam usaha membantu mangsa terbabit dalam pengurusan dokumen yang musnah dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: BombaRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd