• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biro Siasatan Diarah Kenal Pasti Punca Kegelinciran

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan diarahkan menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca pesawat Malaysia Airlines MH2718 tergelincir di landasan Lapangan Terbang Sibu pada Sabtu lepas.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengarahkan satu siasatan menyeluruh dijalankan segera berkata kerajaan memandang serius kejadian tersebut.

“Langkah-langkah sewajarnya hasil siasatan tersebut akan diambil untuk memastikan proses pelepasan dan pendaratan yang selamat di semua lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Liow turut memaklumkan Lapangan Terbang Sibu itu telah kembali beroperasi seperti biasa pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Beliau berkata Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB) dan Malaysia Airlines telah diminta bekerjasama untuk memastikan operasi berjalan seperti biasa dan semua masalah yang timbul berikutan kejadian itu dapat diselesaikan terutama yang membabitkan para penumpang.

“Saya juga telah mengarahkan MAHB dan Malaysia Airlines untuk sentiasa memberi maklumat terkini berkaitan jadual penerbangan kepada semua penumpang,” katanya.

Dalam insiden 10.17 malam Sabtu lepas, pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur yang membawa 69 penumpang dan anak kapal tergelincir ketika mendarat semasa hujan lebat. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Sebanyak 48 penerbangan yang dijadual tiba dan berlepas di Lapangan Terbang Sibu semalam dilaporkan dibatalkan dengan 3,787 penumpang terjejas susulan penutupan landasan lapangan terbang itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH2718pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd