• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Ruang Pihak Berwajib Jalankan Siasatan

oleh Ahmad Albab
25/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (Pinta) mahu pihak berkuasa diberikan ruang untuk menyiasat kes kecederaan pelajar madrasah tahfiz di Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffie, sebelum menuding jari menyalahkan institusi berkenaan.

Presiden Pinta Mohd Zahid Mahmood berkata insiden berkenaan turut memberikan kesan negatif kepada institusi tahfiz lain seolah-olah ia dijadikan sebagai tempat bagi melakukan penderaan.

“Sebab itu, Pinta harap masyarakat memberi ruang kepada polis dan pihak kesihatan (hospital) membuat siasatan secara terperinci agar satu jawapan yang telus mengenainya diperolehi,” katanya mengulas kes melibatkan pelajar tersebut yang dilaporkan mengalami kecederaan teruk selepas dipercayai dipukul seorang pembantu warden di madrasah itu.

Mohd Zahid ditemui pemberita di sini hari ini selepas majlis penyampaian bantuan peruntukan kepada sekolah pondok berdaftar, Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan institusi tahfiz yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kisah Mohamad Thaqif Amin yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lepas menjadi tular di media sosial selepas mengalami kesakitan pada bahagian kaki ekoran insiden tersebut, memaksa kedua-dua kaki pelajar berumur 11 tahun itu terpaksa dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak.

Mengulas lanjut, Mohd Zahid berkata pihaknya memandang serius kes tersebut dengan mengarahkan Pengerusi Pinta Johor untuk ke maahad berkenaan bagi bertemu pengetua maahad tahfiz.

Beliau berkata pihaknya bersedia menyediakan khidmat guaman kepada pembantu warden tersebut sekiranya kes berlanjutan ke mahkamah.

Mengikut laporan media keadaan kesihatan Mohamad Thaqif Amin semakin membimbangkan selepas doktor mengesan terdapat darah beku di lengan kirinya semalam manakala pembantu warden tersebut kini direman empat hari bermula Ahad lepas. – BERNAMA

Tags: tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd