• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Dadah, Bahan Proses Diimport Dari China

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya bekalan dadah dan bahan untuk memproses dadah di negara ini diimport dari China serta beberapa negara di kawasan ‘Segi Tiga Emas’, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Beliau berkata berdasarkan kepada perkongsian maklumat perisikan Biro Siasatan Jenayah Taiwan, bekalan dadah dan bahan untuk memproses dadah itu dibawa masuk ke negara ini melalui sindiket antarabangsa.

“Dadah dan bahan-bahan untuk memproses dadah ini diimport dari negara seperti China dan beberapa lagi negara di kawasan ‘Segi Tiga Emas’ (berhampiran sempadan Thailand, Myanmar dan Laos) untuk pasaran tempatan dan didalangi rakyat tempatan dan antarabangsa,” katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Mohd Mokhtar turut mendedahkan, hasil kerjasama PDRM dan polis Taiwan, pihaknya berjaya menahan sembilan suspek termasuk dua warga asing, seorang daripadanya merupakan wanita.

Suspek berkenaan berusia dalam lingkungan antara 22 hingga 26 tahun ditahan dalam satu operasi operasi melibatkan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di sekitar ibu negara.

Mohd Mokhtar berkata turut dirampas pil ecstasy (19,661 biji), pil erimin 5 (21,396 biji), kapsul disyaki ecstasy (2,283 biji), syabu (155 gram), ganja (60 gram) dan ketamin (44 gram) bernilai RM2.5 juta termasuk ephedrine atau lebih dikenali sebagai ibu syabu seberat 30.5 kilogram dan pelbagai bahan kimia serta peralatan untuk memproses dadah.

Turut disita ialah harta bernilai RM830,000, wang asing berjumlah RM125,830, lapan buah kenderaan, 14 jam tangan pelbagai jenama dan beberapa barang kemas daripada emas.

Hasil daripada beberapa operasi yang dilakukan dalam tempoh 1 Jan hingga 17 April , beliau berkata sebanyak 57,872 orang ditangkap atas kesalahan kes dadah di seluruh negara termasuk 2,385 warga asing.

Hasil tangkapan berkenaan, polis merampas dadah bernilai RM81.94 juta dan menyita harta bernilai RM49.16 juta manakala RM1.03 juta lagi harta dilucutkan. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Nelayan Hilang Akibat Bot Karam Ditemui Pagi Tadi

Next Post

Isu Gaji: FMLLP Hantar Surat Potong Mata 5 Pasukan

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Isu Gaji: FMLLP Hantar Surat Potong Mata 5 Pasukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd