Monday, September 16, 2024

Creating liberating content

Ahmad Bashah Ada Pilihan...

KUALA LUMPUR - Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah...

Sektor Kewangan Islam M’sia...

KUALA LUMPUR – Sektor kewangan Islam Malaysia telah berkembang pesat dan membawa kemajuan,...

Cuaca Panas: Waspada Tanda...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan tanda-tanda awal strok haba berikutan...

Warga Pendidik Perlu Sentiasa...

KENINGAU - Warga pendidik disaran agar sentiasa membudayakan pendekatan dinamik dan progresif dalam...

Bayi Berusia 42 Hari Maut Tersedak Susu

SEORANG bayi perempuan berusia 42 hari dilaporkan meninggal dunia akibat tersedak susu badan ibunya, dalam kejadian di Taman Seremban Jaya, Seremban semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, ibu bayi berkenaan, Nur Ain Abdullah, 24, dilaporkan memberi susu badan kepada anaknya, Nur Izz Qaireen Mikayla Abdul Hadee sebelum tidur seketika.

Bagaimanapun sebaik sahaja dia bangun untuk ke tandas pada 4.30 pagi,  wanita itu mendapati muka anaknya kebiruan, hidungnya berdarah dan tidak sedarkan diri.

Cemas dengan keadaan itu, Nur Ain memaklumkan suami, Abdul Hadee Abdul Kahar, 26, sebelum mereka membawa Nur Izz Qaireen ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Bagaimanapun saya dikhabarkan berita menyedihkan sebaik doktor memaklumkan anak kedua kami meninggal dunia 5.45 pagi.

“Sebelum ini arwah pernah beberapa kali tersedak namun dapat dikawal. Ketika kejadian, saya bangun untuk menukarkan lampin namun dapati arwah tidak bergerak,” katanya yang akui reda dengan pemergian anaknya.

Sementara itu, Nur Ain memberitahu, dia menyedari perubahan anaknya, Nur Izz sejak kelmarin yang sering merengek dan tidak mahu menyusu.


Menurutnya, mereka tinggal di Putrajaya namun, ketika kejadian, mereka berada di rumah keluarganya sempena cuti Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agong dan peristiwa Israk dan Mikraj.

Pasangan ini, mempunyai seorang lagi anak sulung perempuan yang berusia setahun lebih

Sementara itu Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Thiew Hock mengesahkan kematian bayi itu disebabkan tersedak susu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – MYNEWSHUB.CC

Sumber:  Harian Metro

Kategori