• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN & Jepun Mahu Mendalamkan Lagi Kerjasama Japan

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jelajah Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) di Jepun yang telah berlangsung pada 6-9 April lepas, telah mengenal pasti ruang yang belum diterokai bagi mendalamkan lagi kerjasama yang berkaitan dengan rangsangan ke atas inovasi, keusahawanan dan kelahiran industri baharu.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini, berkata perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) boleh menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi antara Jepun dan rantau ini.

“Mereka juga telah melihat kepentingan meningkatkan akses kepada kewangan melalui satu bentuk kerjasama yang akan diselaraskan dengan undang-undang tempatan dan peraturan-peraturan mengenai PMKS,” katanya.

Bagi menangani rintangan globalisasi, satu model Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang moden, komprehensif, berkualiti tinggi dan saling menguntungkan perlu diwujudkan bagi pertumbuhan yang inklusif dan berasaskan inovasi.

“RCEP akan menjadi perjanjian yang bukan sahaja akan memudahkan penyertaan PMKS dan syarikat tempatan ke dalam nilai rantaian tetapi akan menggalakkan inovasi dan keusahawanan.

“Dalam hal ini, RCEP adalah sesuatu yang sensitif, ia juga penting bagi menyampaikan hasil komersil yang bermakna serta berkualiti, bukan sahaja dalam urus niaga barangan, perkhidmatan dan pelaburan tetapi juga meliputi peraturan yang memudahkan perdagangan.

Mereka juga telah mengenal pasti Kerjasama Ekonomi dan Teknikal sebagai tonggak utama RCEP.

Dalam konteks ini, menteri-menteri itu bersetuju untuk mengambil kira satu Inisiatif Jepun-ASEAN bagi merealisasikan RCEP dengan bersama-sama membangunkan sumber manusia, meningkatkan kapasiti institusi, membina infrastruktur bagi memperkuatkan sambungan di rantau ini, memperdalamkan kerjasama industri serta menangani perbezaan pembangunan ekonomi serantau.

“Menteri-menteri berkenaan adalah komited dalam usaha ke arah perincian Inisiatif Jepun-ASEAN bagi merealisasikan RCEP. Mereka juga bersetuju untuk mempercepatkan pembaharuan struktur dan mengurangkan halangan bukan tarif bagi menggalakkan inovasi dan memupuk industri-industri baharu,” katanya. – BERNAMA

Tags: AEMASEANMITI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembinaan Litar Lumba Perlu Kira Kos Penyelenggaraan

Next Post

Kegiatan Edar Dadah Tumpas, Tahan Sepasang Kekasih

Related Posts

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

Langkah Mudahkan Keanggotaan Timor-Leste Ke Dalam Instrumen Undang-Undang ASEAN Diterima

25/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) sepakat menerima garis panduan bagi memudahkan penyertaan Timor-Leste ke dalam Instrumen Undang-Undang blok...

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

ASEAN Boleh Jana Potensi Ekonomi AS$$2.3 Trilion Dengan Manfaatkan Bakat Wanita – Tengku Zafrul

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Langkah memanfaatkan bakat daripada 334 juta wanita di seluruh ASEAN menerusi pendidikan, akses kepada peluang dan dasar yang...

Next Post

Kegiatan Edar Dadah Tumpas, Tahan Sepasang Kekasih

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd