Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

PAS Tetap Ajak BERSATU,...

KUALA LUMPUR : PAS tetap akan berusaha menjayakan kerjasama tiga penjuru di antara...

Punggung Budak Tahun 1...

SEORANG kanak-kanak berusia tujuh tahun mendakwa dirotan guru tuisyen hingga melecur di bahagian punggung...

‘Semua Itu Tak Betul!’...

DESAS-DESUS yang menyatakan pelakon dan produser, Datuk Hans Issac telah memeluk agama Islam...

SPRM Cari Paul Stadlen...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki warga Britain...

Arifin Antara Ahli Suruhanjaya Pelantikan Hakim

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria adalah antara lima orang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Empat yang lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Azahar Mohamed, mantan hakim mahkamah rayuan Datuk Anantham Kasinather, mantan Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Abdul Razak Tready dan pensyarah fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Prof Dr Choong Yeow Choy.

Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dalam satu kenyataan media berkata selaras perenggan 5 (1) (e) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik mereka sebagai anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Kata beliau, pelantikan mereka adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 17 April tahun ini sehingga 16 April 2019.


Raus, merangkap pengerusi Suruhanjaya berkenaan, juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada mantan anggota Suruhanjaya itu iaitu Tan Sri Haidar Mohamed Noor, Tan Sri Sulong Matjeraie, Datuk T. Selventhiranathan dan Datuk Tee Ah Sing@Tee Boon Hooi atas sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi kepada Suruhanjaya itu. – BERNAMA

Kategori