• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Johor Tekad Terus Bebas Gejala Rasuah

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor bertekad menjadikan organisasi itu terus bebas gejala rasuah, kata pengarahnya Kolonel Mat Zin Bujang.

Katanya, beliau bersyukur sepanjang dua tahun perkhidmatannya di negeri ini, tiada sebarang laporan rasuah mengaitkan anggotanya.

“Setakat ini, APM Johor tiada rekod. Kalau tidak, saya malu kerana maknanya pengarah tidak dapat mengawal tindak tanduk tuan puan,” katanya pada majlis Perhimpunan Bulanan agensi itu di sini, hari ini.

Beliau berkata ketelusan, integriti dan bersyukur terhadap ‘apa yang ada’ perlu dalam diri setiap anggota bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Perkhidmatan itu, katanya, termasuk memberi wang ihsan kepada mangsa banjir.

“Setiap tahun, kerajaan Persekutuan menyalurkan sejumlah peruntukan untuk wang ihsan dan setakat ini, saya boleh berbangga memaklumkan tiada yang tidak betul dalam pengagihannya. Setiap ketua rumah akan mendapat RM500,” katanya.

Bercakap pada sidang media kemudian, Mat Zin berkata beliau terpanggil untuk memerangi rasuah habis-habisan kerana terlalu banyak laporan media berhubung penjawat awam ditahan kerana terbabit dengan salah laku dan penyelewengan.

“Hampir setiap hari ada laporan dan disebabkan itu kita terpanggil untuk menjemput pegawai SPRM ke majlis perhimpunan hari ini bagi memberi taklimat kepada anggota APM tentang kesalahan rasuah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mat Zin berkata pihaknya menyasarkan mengambil 90,000 anggota sukarelawan baharu pada tahun ini.

Beliau berkata setakat ini, 75 peratus sasaran itu tercapai, melibatkan seramai 67,699 anggota sukarelawan.

“Penyertaan yang lebih ramai ini akan membantu kita melaksanakan tugas-tugas awal kecemasan jika berlaku bencana,” katanya.

Mat Zin berkata bagi memastikan latihan diberikan kepada anggota baharu itu menyeluruh, kerajaan akan mempercepatkan pembinaan fasa kedua Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (Pulapas) di Kampung Gajah, dekat Kluang.

“Sekarang, kita hanya menunggu pihak Jabatan Kerja Raya menyelesaikan beberapa perkara sebelum bermulanya pembinaan.

“Fasa kedua ini yang dijangka siap dalam tempoh kira-kira dua tahun menelan kos RM50 juta dan mempunyai asrama lelaki dan perempuan, kolam renang, menara penyelamat, dewan makan dan dewan serbaguna di atas tanah seluas 5.67 hektar,” katanya.

Fasa pertama projek meliputi blok pentadbiran, padang kawad dan stor dilaksanakan pada 2009 hingga 2011 melibatkan peruntukan RM15 juta. – BERNAMA

Tags: APMKolonel Mat Zin Bujangrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd