Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Raub Dilanda Banjir Sekali...

KUANTAN - Raub sekali lagi dilanda banjir dengan jumlah mangsa yang dipindahkan kali...

PAS Mahu Tukar Kepada...

KUALA LUMPUR - PAS memberi bayangan parti itu akan menukar sistem ekonomi sedia...

Berita Baik! Elizabeth Tan...

PENYANYI sensasi tinggi lampai, Elizabeth Tan terlalu terikat dengan jadual kerja sehingga tiada...

Soleimani Dibunuh Untuk ‘Hentikan...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) membunuh komander tertinggi tentera elit Iran yang didakwa...

Aplikasi Nuklear Dalam Pertanian Akan Diperluaskan

PADANG TERAP – Aplikasi nuklear dalam bidang pertanian terutama dalam penghasilan benih cendawan bergred premium khususnya cendawan Volvariella akan diperluaskan dan seterusnya dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import benih dari Thailand.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi (Mosti), Prof Dr Ramzah Dambul berkata melalui teknik Mutagenesis yang menggunakan sinaran gamma misalnya, ia berjaya menghasilkan benih cendawan Volvariella yang berkualiti tinggi.

“Fokus kita adalah menghasilkan benih dengan menggunakan sinaran gamma di mana teknik ini pertama kali digunakan dalam bidang pertanian di Malaysia dan ia sangat memberangsangkan.

“Bagi projek penghasilan benih cendawan Volvariella, kita berjaya menghasilkan sebanyak 10,000 beg benih setiap bulan sejak awal tahun ini dan hasilnya lebih berkualiti dan terjamin daripada benih import,” katanya selepas Majlis Perasmian Pusat Pengeluaran dan Pengembangan Cendawan (PPPC) di Kampung Padang Nyior di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sumber Air, Bekalan Air dan Perumahan Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Mohid Ashhar Khalid dan Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Mohamed Bukhori Abdul Rahman.

Ramzah berkata dengan terbinanya makmal PPPC itu, ia menjadi penanda aras dalam memperluaskan lagi penggunaan teknologi nuklear dalam bidang pertanian.


“Hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan turut berjaya menghasilkan cendawan Volvariella mutan yang lebih cepat matang, mengeluar pelbagai variasi dan lebih tahan penyakit,” katanya.

Badrol Hisham pula berkata makmal itu turut mendapat peruntukan sebanyak RM290,000 melalui geran MOSTI Social Innovation (MSI) manakala Agensi Nuklear Malaysia menyumbang dari aspek teknologi.

“Kita harap lebih ramai generasi muda, tidak kira latar taraf pendidikan atau sosio-ekonomi menjadikan projek ini sebagai satu lagi harapan dan peluang mereka meningkatkan taraf hidup.

“Makmal yang ada ini pula dapat digunakan semaksimum mungkin sehingga benih yang dihasilkan anak tempatan ini dapat pula dieksport ke luar negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori