• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Kagat Disaran Tambah Ilmu Pengetahuan

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Anggota Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) disaran supaya menambah ilmu pengetahuan agar dakwah yang disampaikan merreka lebih berkesan dan tidak bergantung kepada kaedah lama seperti berceramah semata-mata.

Pengerusi KAGAT, Mejar Jeneral Datuk Kamaruddin Mamat berkata selain itu penampilan dan sikap anggota juga perlu diperkemas agar dakwah yang disampaikan lebih berkesan dan dapat menarik minat pihak yang mendengar.

“Saya tekankan ilmu supaya hujah akan nampak lebih kuat dan kita juga tekankan pembelajaran sepanjang hayat.

“Anggota KAGAT digalakkan untuk mengikuti program Pensijilan Profesional Pengajian Islam yang dijalankan dengan kerjasama dari Universiti Teknologi Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun KAGAT Ke-32 di sini hari ini.

Beliau berkata sejak dijalankan pada 2014, hampir 100 anggota KAGAT menerima diploma program Pensijilan Profesional Pengajian Islam.

“Tahun ini kita akan buka lagi pengajian ini dalam masa terdekat dan hasrat kita agar setiap anggota KAGAT apabila telah keluar dari perkhidmatan tentera mempunyai sekurang-kurangnya diploma,” kata Kamaruddin.

Sementara itu, beliau berkata tahun ini merupakan julung kali sambutan ulang tahun KAGAT disambut serentak di kesemua tujuh zon di seluruh negara.

Sebelum ini sambutan ulang tahun KAGAT hanya disambut di zon induk iaitu di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM di sini.

“Kita mahu kesemua anggota KAGAT seramai 1,200 orang dapat bersama-sama menyambut ulang tahun KAGAT tanpa mengira faktor tempat penugasan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: ATMKagat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd