Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tak Tahan Dicaci, Coco...

TAK habis-habis lagi tentang Marshaira Ismail atau lebih dikenali dengan nama glamornya, King...

Perdana Menteri Hadir Majlis...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis...

Pegang Teguh Slogan Hari...

ALOR GAJAH - Rakyat perlu berpegang teguh pada slogan sambutan Hari Kebangsaan ke-58...

“Tahniah Dan Syabas Kepada...

KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan...

Anak Norman-Abby Dapat Sambung Belajar Di Turki

KEBIASAANYA kita sering dihidangkan dengan cerita kurang enak mengenai anak-anak mangsa penceraian.

Namun, hal ini sama sekali tidak berlaku terhadap anak-anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi.

Walaupun kes penceraian ibu bapa mereka mendapat liputan meluas daripada pihak media sebelum ini nyata ia tidak memberi kesan negatif dalam pembesaran ketiga-tiga anak mereka.

Malah, mereka turut cemerlang dalam pembelajaran masing-masing.

Dan terbaharu, anak sulung Norman dan Abby iaitu Muhammad Danish Hakim, 14, dikhabarkan mendapat peluang menyambung pengajian bidang hafazan di Turki.

Norman yang berbangga dengan anaknya itu sempat memuat naik beberapa posting menunjukkan persediaan seperti pemeriksaan kesihatan yang dilakukan sebelum anaknya terbang untuk menuntut ilmu di negara Timur Tengah itu.

@danishhakim_243 medical check up #DanishHakimRoadToSpartaTurki #BATCH1may2017 #BATCH2october2017 #BISMILLAH

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Selain Danish, Norman dan Abby turut dikurniakan dua anak perempuan yang kian meningkat dewasa iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.


Me & siblings 😜 #mdhfamily @danishhakim_243 @marissa_dania_hakim @mariadanishahakim_786 ❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Kini, kedua-dua Norman dan Abby sudah pun bahagia dengan keluarga baharu masing-masing.

Norman bahagia menjalani kehidupan dengan isteri tersayang, Memey Suhaiza dan dua cahaya mata lelaki mereka, Muhammad Darwishz Hakim dan Muhammad Dirkhriz Hakim.

Manakala Abby pula kini sedang menunggu kelahiran anak pertama hasil perkahwinannya dengan wartawan akhbar Harakah, Muhammad Faizal Zakaria. – MYNEWSHUB.CC

Anak Norman-Abby Dapat Sambung Belajar Di Turki

Kategori