• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adnan Beri Amaran Tegas Terhadap Isu Penjualan ECM

oleh AK-47
21/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memberi amaran tegas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap beliau berhubung isu penjualan pusat beli-belah East Coast Mall (ECM) di sini, kepada sebuah syarikat dari Singapura.

Adnan menegaskan beliau akan menyaman Adun daripada PKR itu sekiranya terus mengaitkan dirinya dalam isu penjualan pusat beli-belah berkenaan, sambil kecewa dengan tuduhan Lee itu seolah-olah beliau seorang yang mengamalkan rasuah.

“…kalau macam itu lapor sahajalah kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Andaian tersebut memberi persepsi negatif dan pada masa sama membuktikan kerja pembangkang suka menyebarkan pembohongan.

“Oleh itu, sekiranya (ADUN) Semambu terus mengulangi tuduhan ini di luar dewan (Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang), saya akan saman,” katanya ketika menggulung titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di sini hari ini.

Baru-baru ini, Lee yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) memuat naik status dalam akaun Facebooknya dengan mendakwa ECM dijual kepada syarikat Singapura dan mengaitkan Adnan dalam isu penjualan pusat beli-belah itu kepada negara asing, dengan menimbulkan persepsi negatif terhadap menteri besar itu.

Mengulas lanjut, Adnan berkata syarikat dan agensi kerajaan dari Malaysia turut mempunyai pegangan saham dalam CapitaLand Malaysia Mall Trust yang merupakan pemilik pusat beli-belah itu.

Beliau berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mempunyai pegangan saham 9.8 peratus, manakala Amanah Saham Bumiputera (ASB) pula 10 peratus pegangan saham dalam CapitaLand Malaysia Mall Trust.

Sehubungan itu, Adnan mengingatkan Lee agar terlebih dahulu mendapatkan fakta yang tepat sebelum membuat tuduhan tidak berasas secara melulu kepada dirinya dan juga kerajaan negeri.

Dalam pada itu, katanya dengan bantuan kewangan sebanyak RM5 juta daripada kerajaan Pusat, masalah bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Bilut di Raub, dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

32 Individu Ditahan Dalam Ops Noda Di 2 Pusat Hiburan

Next Post

6 Anggota Sindiket Astro Murah Ditahan Polis

Related Posts

Adnan Yaakob Calon Sesuai Sebagai MB Pahang

13/05/2018
0

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon paling sesuai dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan...

Pelantikan MB Pahang Selepas Perkenan Istana

10/05/2018
0

BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan...

Next Post

6 Anggota Sindiket Astro Murah Ditahan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd