• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Johari Mahu Jadikan Kapit Pusat Kajian Biodiversiti

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPIT – Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mahu menjadikan Bahagian Kapit sebagai pusat kajian biodiversiti antarabangsa.

Beliau berkata Kapit mempunyai

banyak bahan yang boleh dijadikan ubat-ubatan atau produk bioteknologi lain.

“Kita boleh membawa penyelidik untuk mengkaji pokok, daun, sumber biodiversiti kita,” katanya pada majlis makan malam bersama rakyat di Dewan Suarah Kapit malam tadi.

Beliau berkata projek itu adalah wawasan beliau dan wakil penduduk setempat yang mampu membawa manfaat kepada bahagian itu di samping pembangunan ekonomi lain seperti pelancongan.

Abang Johari berkata ia akan menjadi tugas Agensi Pembangunan Ulu Rajang yang baru dibentuk yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing bagi menjadikan hasrat itu sebagai kenyataan dengan memastikan pelaksanaan infrastruktur di Kapit termasuk teknologi maklumat dan komunikasi berjalan lancar.

Beliau berkata dengan sambungan Internet yang baik, para saintis boleh segera berkomunikasi dengan universiti mereka yang akan membolehkan Kapit memasar produk biodiversitinya ke serata dunia.

“Oleh sebab itu saya memperuntuk RM1 bilion bagi menaik taraf perhubungan Internet kita,” katanya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut mengumum peruntukan RM73.9 juta bagi pembinaan Jalan Nanga Menuan sepanjang 10 kilometer sebanyak RM12 juta; pembinaan Jalan Nanga Ibau/Ulu Sungai Ibau Road sepanjang 10 kilometer (RM12 juta); pembinaan pejabat daerah kecil Merit (RM5 juta); SJK Min Tak (RM2 juta); SJK Hok Lam (RM500,000); SJK Hock Hua (RM100,000); Gereja Methodist Iban Kapit yang baru (RM5 juta); untuk Persatuan Kwang Tung, Persatuan Foochow dan tanah perkuburan Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (masing-masing (RM2 juta) serta pembinaan jalan Hospital Kapit (RM3.3 juta).

Sementara RM12 juta lagi diperuntuk untuk mencantikkan kolam bunga lily, RM3 juta untuk menaik taraf pusat bandar Kapit, masing-masing RM3 juta dan RM14 juta bagi pembinaan tebingan air Song dan Belaga. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Opengsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Daesh Syria ‘Bengang’ Dengan Wanndy – Sumber

Next Post

Adib Khalid Umum Nikah Izara Aishah, Tahun Ini

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Adib Khalid Umum Nikah Izara Aishah, Tahun Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd