• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Maut, MPV Dihempap Treler Di Lebuhraya PLUS

oleh Ahmad Albab
02/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – Enam maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap treler yang terbabas di KM403.3 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh ialah Lam Leong Choy, 76, Low Wai Loon, 46, Lam Jie Yang, 19, Wong Check Lee, 53, Lam Jie Hong, 13, dan Lam Wai Keat, 38.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. R. Supramaniam berkata treler membawa muatan tanah yang menghala ke arah utara itu, dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum menghempap MPV jenis Ssangyong di laluan yang sama.

“Dalam kejadian 7.40 pagi itu, semua mangsa mati di tempat kejadian. Polis masih menyiasat pertalian hubungan mangsa yang terkorban,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Supramaniam berkata semua mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Beliau berkata pemandu treler terbabit tidak mengalami kecederaan dan kini dibawa ke Balai Polis Trafik daerah Hulu Selangor untuk menjalani ujian air kencing dan darah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.42 pagi dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dihantar ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba mengambil masa satu jam lima belas minit bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd