Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Penuntut UiTM Dungun Dikhuatiri...

KUANTAN : Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu yang dikhuatiri lemas di...

Cuaca Panas Melampau Di...

BUENOS AIRES : Penduduk berasa bagai dipanggang apabila sebahagian besar Argentina dan negara-negara...

Mahkamah Kurangkan Hukuman Penjara...

KUCHING - Mahkamah Tinggi hari ini mengurangkan hukuman penjara daripada 10 kepada 6...

Pekerja Tapak Pembinaan Maut...

Johor Bahru : Seorang warga Nepal maut terjatuh dari ketinggian 70 meter di...

4 Lelaki Dipercayai Hilang Di Gunung Panti

JOHOR BAHRU – Empat lelaki dipercayai sesat di Gunung Panti, Kota Tinggi, petang semalam.

Ketua Zon Kota Tinggi Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mereka pada 6.02 petang semalam.

“Kenderaan yang dipercayai kereta mangsa jenis Perodua Kelisa dijumpai berdekatan air terjun,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai beberapa anggota polis dan Jabatan Hutan itu semalam dihentikan pada 6.30 pagi tadi dan dijangka bermula semula pada 9 pagi ini, katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan laporan kehilangan itu.

Menurut beliau, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kehilangan keempat-empat mangsa. – BERNAMA

Kategori