• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Posting’ IG Elyana Bukan Sebab Masalah Rumahtangga

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI genit Elyana mengharapkan peminat tidak salah ertikan setiap perkongsian yang dimuat naik di laman sosialnya kerana dia tidak mahu cerita tidak betul timbul.

Pemilik nama penuh Erneelya Elyana Emrizal, 30, berkata, luahan yang sering dimuat naiknya di Instagram tidak membabitkan perkara besar, sebaliknya sekadar perkongsian rasa pada sesuatu masa.

Mengakui ada yang salah faham dengan menganggap luahan hati penyanyi lagu Kalis Rindu itu berkaitan dengan masalah peribadi, Elyana tampil memberikan penjelasan terhadap isu tersebut:

“Saya berbintang Cancer dan boleh berubah emosi dalam sekelip mata walaupun ada kala isunya tidaklah sebesar mana. Oleh itu, janganlah ada yang salah faham dan mengaitkan perkara itu dengan perihal rumah tangga pula,” jawab Elyana dalam temu bual yang disiarkan menerusi portal BHOnline.

'Posting' IG Elyana Bukan Sebab Masalah Rumahtangga
Elyana bersama suaminya, Khairul Anuar Husin dan anak tunggal mereka, Cinta Sumayyah.

Menurutnya lagi, dia tidak faham bagaimana spekulasi seperti itu boleh timbul apabila dia memang sejak awal lagi lebih gemar ‘memelihara’ keluarganya daripada tumpuan umum.

“Jika diikutkan, sejak dulu lagi saya jarang memuat naik gambar bersama keluarga, terutamanya suami. Perkongsian saya di laman sosial kebanyakannya membabitkan perkembangan diri saya saja, cuma sesekali ada diselitkan keluarga.

“Tidak kisah apa yang ingin diperkatakan oleh orang ramai kerana saya tidak ambil pusing mengenainya. Apa yang penting, saya sentiasa menjadi diri sendiri,” kata Elyana lagi.

Elyana berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Khairul Anuar Husin, 42, pada November 2010.

Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Cinta Sumayyah, yang kini berusia 6 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ArtisElyana
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

Elyana Ditemukan Kurus Kerana Tak Cukup Makan Sepanjang Enam Hari Dilarikan

20/08/2022
0

JOHOR BAHRU : Remaja Austisme yang hilang selepas keluar dari rumah keluarga di Bandar Putra, Kulai, sejak Sabtu lalu, ditemui...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd