• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

35 Motosikal Disita Dalam Op Samseng Jalanan Di Borr

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Sebanyak 35 motosikal di sita kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Azmi Adam berkata dalam operasi bermula pukul 5 petang hingga 2 pagi itu, pihaknya memeriksa sebanyak 510 motosikal dan seramai 93 individu turut diperiksa.

“Hasil pemeriksaan itu sebanyak 230 saman dikeluarkan dan 35 buah motosikal turut disita atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Antara kesalahan yang dikesan dalam operasi itu ialah tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, tidak pamer P, tiada nombor pendaftaran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan mengubah suai kenderaan,” katanya di sini hari ini.

Operasi bersepadu itu disertai 60 pegawai dan anggota polis serta enam penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan empat anggota Majlis Perbandaraan Seberang Perai (MPSP).

Azmi berkata dalam operasi itu, JAS turut mengeluarkan 17 saman kerana ekzos mengeluarkan bunyi bising.

Katanya operasi seperti itu akan diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kehadiran mat rempit untuk berlumba haram di lebuh raya berkenaan.

Lebuh raya itu menjadi antara ‘litar’ kegemaran mat rempit untuk berlumba haram dan mereka mula berkumpul di kawasan berkenaan sejak pukul 6 petang terutama pada hujung minggu untuk berlumba. – BERNAMA

Tags: Disitamotosikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

JDT Lubricants Di Stadium Sultan Ibrahim, Tawar Minyak Enjin Motosikal Dan Kereta

02/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenamanya dalam industri automotif menerusi JDT Lubricants yang menawarkan...

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

Akmal Saleh Hampir Cukup Wang Bayar Saman Teresa Kok, Berjaya Jual Motosikal Dan Ikan RM180,000

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memaklumkan beliau kini hampir mempunyai wang mencukupi untuk membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd