• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

31 Pengunjung Pusat Hiburan Ditahan Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seramai 31 pengunjung pusat hiburan yang sedang khayal dan leka menari di sebuah pusat hiburan di sini ditahan selepas didapati positif dadah dalam Operasi Khas Pusat Hiburan, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 46 tahun itu positif dadah jenis morphine, amphetamine, methamphetamine dan ketamin.

Beliau berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 19 lelaki dan 12 wanita termasuk empat perempuan warga asing iaitu masing-masing dua Indonesia serta Thailand.

“Ketika serbuan pada 4 pagi itu, hasil ujian air kencing mendapati 31 pengunjung pusat tersebut positif dadah termasuk seorang lelaki yang juga kakitangan kerajaan.

“Lelaki itu merupakan pembantu tadbir di sebuah agensi kerajaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas,” katanya di sini hari ini.

Mior Faridalatrash berkata dalam operasi itu, polis turut merampas sejumlah dadah jenis ketamin, ganja dan pil ecstasy dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau memberi amaran kepada pengusaha pusat hiburan agar tidak menjadikan premis mereka sarang penyalahgunaan dadah dan polis akan terus menjalankan operasi di premis yang didapati wujud kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Kami menyeru masyarakat setempat supaya dapat menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan sebarang maklumat sekiranya terdapat penglibatan penagihan, pengedaran dadah dan jenayah di kawasan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hasil Pendapatan Program MKMF Cecah RM12 Juta

Next Post

Sukan Ekstrem Negara Kini Bertaraf Dunia

Related Posts

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

Warga Emas Antara Ditahan Menerusi Ops Tapis Khas Selangor

10/05/2025
0

Shah Alam: Remaja 16 tahun dan warga emas antara 169 individu ditahan menerusi Ops Tapis Khas Selangor di lokasi yang...

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

Bukan Setakat Jumpa Lebih 147kg Ganja, Polis Turut Temukan Pistol Pada Ahli Sindiket Edar Dadah

18/03/2025
0

Kepala Batas: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran ganja di utara Semenanjung selepas merampas...

Next Post

Sukan Ekstrem Negara Kini Bertaraf Dunia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd