Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Penubuhan Parti Melayu Baharu...

ARAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata...

Jerebu Tidak Halang Pelancong...

MELAKA - Meskipun cuaca berjerebu melanda negara sejak minggu lepas, namun ia tidak...

Isu Radar: Tunggu Hingga...

KOTA BHARU - Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi menyelesaikan siasatan...

Pendaftaran GPS: Tunggu Surat...

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata beliau...

3 Penjelajah Misi Kutub Utara Tiba Di KLIA Ahad

PUTRAJAYA – Tiga penjelajah negara misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 akan pulang ke tanah air pada Ahad apabila dijangka tiba di KLIA, Sepang pada pukul 12.15 tengah hari.

Memetik status terbaharu yang dimuat naik menerusi akaun Facebook Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mohd Yusof: “Tiga penjelajah negara kita akan terbang dari Norway esok.

“Mereka dijangka tiba di KLIA, Sepang, Selangor pada pukul 12.15 tengah hari Ahad ini. Siapa yang berkelapangan, jom sambut kepulangan mereka di kawasan Balai Ketibaan KLIA.”

Tiga penjelajah negara kita akan terbang dari Norway esok dan dijangka tiba di KLIA, Sepang pada pukul 12.15 tengahari Ahad ini. Siapa yang berkelapangan, jom sambut kepulangan mereka di Balai Ketibaan KLIA.

Mereka pada Khamis lalu berjaya menamatkan misi penjelajahan ke Titik 90 Darjah Kutub Utara lebih awal daripada jadual kira-kira pukul 5.06 petang waktu Kutub Utara (11.06 malam waktu Malaysia).

Misi KE7B Kutub Utara terdiri daripada Ketua Penjelajah, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin, atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah.

Penjelajah negara kemudian selamat dikeluarkan dari kawasan titik 90 darjah pada pukul 7 malam Khamis waktu Kutub Utara (jam 1 pagi Jumaat waktu Malaysia) ke Stesen Barneo.

Mereka seterusnya menaiki pesawat dari stesen tersebut pada 10.10 malam (4.10 pagi waktu Malaysia) menuju ke Longyearbyen dan telah selamat tiba di bandar tersebut pada pukul 1 pagi (7 pagi waktu Malaysia).

Kini mereka dalam penerbangan balik semula ke Malaysia. Berdasarkan perancangan asal, Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Utara 2017 membabitkan penjelajahan berski dengan menarik beban kereta luncur salji (sledge).

Ia melibatkan jarak sejauh 111 kilometer yang lazimnya memakan tempoh masa selama 11 hari bermula dari Stesen Barneo ke Titik 90 Darjah Utara iaitu kawasan paling utara di puncak Kutub Utara.

Bagaimanapun, ketiga-tiga penjelajah negara itu berjaya menamatkan misi mereka tersebut hanya dalam tempoh enam hari sahaja iaitu lima hari lebih awal daripada jadual.

Lebih manis lagi jelas Akmar Hisham, kejayaan menamatkan penjelajahan itu juga merupakan hadiah cukup bermakna kepada Qobin kerana menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-35 pada tarikh 20 April 2017.

Tambahnya, beliau dimaklumkan oleh Qobin yang juga Presiden KE7B, bahawa baki tiga kilometer terakhir menuju ke titik 90 darjah, disifatkan paling mencabar kerana terpaksa berdepan dengan rekahan ais yang lebar.

Selain itu tambah beliau, penjelajahan mereka pada hari ketiga diganggu oleh seekor beruang kutub yang menghampiri khemah salah satu kumpulan lain dan menyebabkan peserta terpaksa berjaga setiap masa.


Qobin juga menceritakan detik cemas berkenaan halangan-halangan yang mereka tempuhi. Antaranya terlalu banyak bongkah ais yang pecah dan memaksa mereka berulang kali mengangkat sledge.

Penjelajah juga berdepan risiko terjatuh ke dalam air laut berais kerana ketebalan ais hanya antara 3 hingga 4 meter. Perjalanan mereka turut menjadi lambat berikutan kawasan laluan didapati mula cair.

Ini menyaksikan ada antara bahagian ais terpisah oleh air laut sehingga 30 meter jaraknya. Disebabkan itu mereka perlu cari laluan alternatif sejauh kira-kira 8 batu untuk elak laut yang mencair untuk sampai garisan penamat.

Sebaik menyelesaikan penjelajahan itu, semua penjelajah diterbangkan dengan sebuah helikopter dari titik 90 Darjah Kutub Utara ke Stesen Barneo yang mengambil masa penerbangan selama kira-kira 35 minit.

“Saya juga dimaklumkan oleh Qobin yang mereka perlu segera keluar dari Stesen Barneo dengan penerbangan khas ke Longyearbyen, Norway memandangkan landasan terbang ais di stesen tersebut sudah mula retak dan cair”.

Kumpulan itu sebelum ini berlepas ke Oslo, Norway pada 4 April sebelum berpangkalan di Longyearbyen selama seminggu bersama pasukan sokongan diketuai Akmar Hisham dan turut disertai beberapa wakil media.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya memulakan misi penjelajahan berski dari Stesen Barneo di kawasan benua Artik tersebut ke Titik 90 Darjah di pusat Kutub Utara itu pada 14 April lalu.

“Apa yang lebih penting ialah tiga penjelajah selamat dan berada dalam keadaan sihat sepenuhnya sepanjang misi walaupun berdepan cabaran cuaca sejuk ekstrem hingga cecah negatif 40 darjah Celsius”, tegas Akmar lagi.

Sepanjang ekspedisi itu, mereka berski sambil menarik kereta luncur salji yang mengandungi barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 50 kilogram.

Titik 90 Darjah Kutub Utara merupakan titik paling utara di bumi terletak pada latitud 90 darjah utara dan semua garisan longitud bertemu pada titik itu. Di kedudukan itu, setiap arah seseorang itu menghadap adalah selatan.

Ekspedisi ke Kutub Utara itu merupakan aktiviti keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B Tujuh Puncak Tujuh Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi KE7B Merentas Greenland 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori