Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

HSR: Malaysia Bayar Pampasan...

KUALA LUMPUR - Malaysia telah membayar sebanyak SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura...

Lelaki Seluar ‘Pink’ Samseng,...

TULAR... Seorang lelaki berseluar merah jambu berlagak tunjuk samseng apabila bertengkar sambil memegang...

Maya ‘Dilamar’ Kenalan Lelaki,...

SETELAH bergelar solo pada 2008, pelakon dan penyanyi Maya Karin memberitahu ada dalam...

WOW… Afgan Hadiahkan Rossa...

BENARKAH dua penyanyi terkenal kelahiran Indonesia, Datuk Rossa dan Afgan sedang hangat dilamun...

3 Pelajar Ditemukan Mati Lemas Di Membakut

KOTA KINABALU – Tiga pelajar lelaki ditemukan mati lemas ketika menyertai program perkhemahan sekolah di sebuah resort di Membakut, Beaufort dekat sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata mangsa Hafiz Hamizan Rahman, 16; Daniel Norman, 16; dan Khuzaimi Zakaran, 17; merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan ditemukan guru pengiring dalam keadaan tidak sedarkan diri di satu laluan ‘jungle trekking’ yang telah digenangi air di resort berkenaan kira-kira 9.30 pagi.

Pihak bomba menerima panggilan pada 9.40 pagi.

“Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital berhampiran sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian dan ketiga-tiga pelajar disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pasukan bomba seterusnya membuat pemantauan di lokasi kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat.


Difahamkan, seramai 120 pelajar dan 30 guru pengiring mengikuti program perkhemahan itu. – BERNAMA

Kategori