• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 6 Cedera Kemalangan Di Mukah Dan Sarikei

oleh Ahmad Albab
17/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Tiga orang maut dan enam orang lagi cedera dalam dua kemalangan jalan raya berasingan di daerah Mukah dan Sarikei semalam.

Dalam kemalangan di Mukah, seorang pemandu lori dan seorang penumpang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang cedera dalam kemalangan kendiri di Kilometer 7 Jalan Mukah-Balingian kira-kira 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata pemandu yang maut dikenali sebagai Edin Mil, 22, dari Kapit manakala penumpang yang maut ialah Jacky Jasam, 23, dari Betong.

Penumpang yang cedera ringan ialah Augustine Donul Gasan, 19, yang berasal dari Miri.

“Semasa kejadian, lori dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pencawang elektrik di bahu jalan mengakibatkan lori remuk. Akibat kemalangan itu pemandu dan penumpang yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera ringan,” katanya dan menambah mereka kemudian dibawa ke Hospital Mukah.

Dalam kejadian di Sarikei pula, seorang peniaga wanita maut manakala suaminya patah kaki apabila kereta mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 4.10 petang dengan sebuah van dinaiki empat anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berusia 26 hingga 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Mat Jusoh Muhammad berkata, peniaga wanita yang maut itu dikenali sebagai Normadiah Awie manakala suaminya ialah Samarin Mat, kedua-duanya berusia 57 tahun.

Menurutnya, kejadian berlaku berdekatan SMK Sungai Paoh di Jalan Sarikei-Betong, 16.8 kilometer dari bandar Sarikei.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Proton Saga yang dipandu suami peniaga wanita tersebut dalam perjalanan dari arah Sibu ke Kabong manakala van berkenaan pula dari arah Kuching ke Bintulu.

Mat Jusoh berkata pemandu van gagal mengawal kenderaan kerana permukaan jalan yang licin akibat hujan, lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan dinaiki pasangan berkenaan.

Anggota SPRM terbabit dilaporkan mengalami kecederaan ringan. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd