Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Dr. Mohamad Khir Toyo...

KUALA LUMPUR - Bekas menteri besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini...

KLIA2: Siasatan Panggil Semula...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selesai mengadakan prosiding Lapangan Terbang...

Peminat Belum ‘Move On’...

MESKIPUN pentas akhir Anugerah Juara Lagu Ke-32 (AJL32) sudah melabuhkan tirainya, namun peminat...

Polis Gagalkan Cubaan Seludup...

JITRA - Polis menggagalkan cubaan menyeludup keluar 651 bungkusan mengandungi daun ketum seberat...

24 Maut Bas Bertembung Trak Di Selatan Mexico

BANDAR MEXICO – Seramai 24 penumpang bas yang sedang dalam perjalanan untuk bercuti sempena Hari Easter maut dalam nahas membabitkan sebuah bas dengan trak tangki minyak di selatan Mexico pada Khamis.

Nahas itu turut mendapat perhatian Presiden Mexico Enrique Pena Nieto yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa melalui Twitternya.

Trak dengan muatan bahan api itu meletup dan terbakar sejurus selepas bertembung dengan bas berkenaan.

Kemalangan berlaku di lebuh raya di bandar Petacalco, Guerrero berhampiran Pelabuhan Pasifik di Lazaro Cardenas, Michoacan.

Kedua-dua pemandu kenderaan antara yang maut.


Sembilan lagi mangsa yang cedera berusia antara tiga hingga 56 tahun dibawa ke sebuah hospital di Lazaro Cardenas.

Punca nahas masih disiasat, kata Setiausaha Perlindungan Awam Guerrero Cesar Mayeres. – BERNAMA-NNN-AGENCIES

Kategori