• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 Calon Perajurit Muda Dirompak Tentera, Bekas

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lima orang termasuk dua anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap 24 calon perajurit muda lelaki, pada 31 Mac lepas.

Tertuduh Mohammad Shah Affendi Shahadan, 29, Syah Irwan Kamis, 33, Mohd Faizal Abd Ghafar, 26, Yusof Shamsudin, 24, dan Muhammad Ridhwan Othman, 24 tahun, yang masing-masing menghadapi 24 pertuduhan, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim G. Ramesh.

Syah Irwan dan Mohammad Shah Affendi merupakan anggota tentera manakala tiga lagi tertuduh merupakan bekas tentera.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh telah melakukan rompakan berkumpulan kira-kira pukul 3.15 petang hingga 4.30 petang dan 4.15 petang hingga 7 malam pada 31 Mac di tepi bangunan kedai kosong di Jalan Mambau, Mambau dekat sini.

Tertuduh telah melakukan rompakan membabitkan wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM6,570.31 dan telefon bimbit pelbagai jenis milik mangsanya yang berusia 19 hingga 25 tahun.

Kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili Mohammad Shah Affendi memohon agar satu jaminan minimum dikenakan terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan maksimum RM2,000, memandangkan tertuduh masih berkhidmat sebagai anggota tentera dan penjaminnya iaitu isterinya sendiri merupakan suri rumah.

Hanif juga memohon jaminan minimum diberikan kerana kerugian mangsa adalah kerugian minimum dan sekali gus untuk memastikan tertuduh hadir di mahkamah, kerana tertuduh di bawah pengawasan pihak tentera.

Peguam V. D. Vijaya yang mewakili Syah Irwan, Yusof dan Muhammad Ridhwan memohon jaminan minimum lingkungan RM5,000.

Mohd Faizal yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah memandangkan beliau daripada keluarga susah, mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah dan seorang daripadanya baru selesai menjalani pembedahan dan menanggung bayaran sewa rumah serta ibu yang sudah tua.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak membantah jaminan diberikan kepada tertuduh namun sekiranya mahkamah ingin memberikan jaminan, beliau meminta agar jaminan tinggi diberikan dengan syarat tambahan.

Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM32,000 dengan syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis Port Dickson setiap bulan pada setiap Ahad pertama. Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Mei depan. – BERNAMA

Tags: Rompak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

Pengait Sawit Mengaku Tidak Bersalah Rompak Bekas Kekasih

11/08/2025
0

MELAKA – Seorang pengait sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan melakukan rompakan ke...

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

Lelaki ‘Lalok’ Dicekup Rompak Kedai Di Alor Gajah

14/07/2025
0

Alor Gajah: Lelaki lalok dadah syabu dicekup polis selepas disyaki melakukan ugutan jenayah, samun dan merompak kedai serbaneka di bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd