• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Tambahan

oleh Ahmad Albab
04/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri telah diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing, katanya.

“Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini, sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Seri Paduka akan mengadakan dua acara utama sempena Istiadat Pertabalan baginda.

“Pada sebelah pagi 24 April ini, Istiadat Pertabalan akan berlangsung di Balairung Seri manakala Majlis Santapan Diraja akan diadakan pada waktu malam di Dewan Santapan, Istana Negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu, Ali berkata dua acara lain akan turut diadakan iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat dijadual berlangsung pada 20 April ini di Masjid Putra, Putrajaya serta Pameran Raja Kita pada 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara Lama).

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Ali HamsaSultan Muhammad V
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd