• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

21 Jun Pengurusan Kes Saman Terhadap Rafizi

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 21 Jun bagi satu lagi pengurusan kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan seorang pemilik portal berita berhubung subsidi minyak.

Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas saman itu dikemukakan untuk pengurusan kes oleh peguam Nor Emelia Iszeham yang mewakili Najib dan Rosmah.

Turut hadir peguam Ng Siau Sun yang mewakili Mohd Rafizi dan peguam Joanne Leong mewakili pemilik portal ‘Media Rakyat’ Chan Chee Kong.

Nor Emelia memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan tarikh itu untuk pengurusan kes selanjutnya bagi memberikan perkembangan terkini berhubung permohonan bagi kebenaran merayu oleh kedua-dua defendan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak pembelaan mereka bahawa ia adalah komen yang adil.

“Permohonan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan akan didengar pada 20 Jun,” katanya.

Pada 29 Nov tahun lepas, Najib dan isterinya berjaya dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan pembelaan defendan bahawa ia merupakan komen yang adil, dalam saman fitnah mereka berhubung subsidi minyak.

Najib dan Rosmah memfailkan saman itu pada 16 April, 2015 mendakwa Mohd Rafizi, yang juga anggota Parlimen Pandan telah mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan mereka pada satu forum tentang subsidi minyak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, pada 22 Nov, 2014.

Mereka mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakamkan oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chan atau pembantunya di YouTube dan portal itu.

Mereka juga mendakwa Chan telah berkongsi rakaman itu di dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia.

Mereka berkata Chan telah gagal mengamalkan kewartawanan bertanggungjawab dengan tidak mengesahkan atau menyiasat kesahihan tuduhan-tuduhan di dalam kenyataan itu sebelum menyiarkannya.

Pasangan itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah dan kos. – BERNAMA

Tags: kes saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd