• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Ditahan Jual LPG Kepada Pihak Tidak Dilesen

oleh AK-47
08/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas 159 tong gas petroleum cecair (LPG) dan menahan dua lelaki tempatan setelah disyaki menjual gas itu kepada pihak tidak dilesenkan di sebuah premis bakar besi di Seksyen 23 di sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Selangor Abdul Rosik Yakub berkata, hasil siasatan mendapati dua lelaki berkenaan iaitu pemilik dan pekerja premis masing-masing berumur 30-an dan 50-an berselindung di sebalik perniagaan membakar logam dan mengaut keuntungan menjual gas berkenaan.

“Dari aspek perundangan, pemborong tidak boleh menjual gas kepada mana-mana syarikat atau peniaga atau ‘pengguna akhir’ sekiranya pembeli itu tidak mempunyai lesen atau permit.

Dari siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki mendapatkan gas ini daripada pemborong lain untuk disimpan dalam premis yang disyaki beroperasi selama enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp.

Beliau berkata dalam operasi bermula 4.30 petang hingga 10.30 malam tadi, turut dirampas dari premis adalah 159 tong gas yang meliputi tong berisi 14 dan 50 kilogram bernilai RM34,600.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan dengan tujuan melakukan kesalahan dan Perkara 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 Akta Bekalan 1961 iaitu penjual borong menjual barang kawalan kepada pihak tidak dilesenkan. – BERNAMA

Tags: Gas LPGKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sindiket Seleweng Gas LPG Tumpas

04/06/2022
0

IPOH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menumpaskan satu sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG)...

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd