• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Terima Anugerah Usahawan Gemilang ECER

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 19 usahawan menerima Anugerah Usahawan Gemilang Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan menyampaikan piala dan cek bernilai RM5,000 dan RM10,000 sebagai mengiktiraf sumbangan usahawan terbabit kepada masyarakat setempat.

Program julung kali itu diadakan selepas Najib mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Bangunan Perdana Putra di sini. Najib adalah pengerusi majlis tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issac John berkata, transformasi sosio-ekonomi di ECER telah mewujudkan lebih 14,000 pekerjaan dan 24,000 usahawan mikro, kecil dan sederhana di bandar dan luar bandar.

“Usahawan terlibat telah menjana lebih 36,000 pekerjaan untuk rakyat termasuk di pekan kecil,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jebasingam berkata, ECER telah berjaya menarik RM101.4 bilion pelaburan swasta yang menyumbang 92 peratus daripada sasaran pelaburan ECER sebanyak RM110 bilion menjelang 2020.

“Kira-kira 73 peratus daripada pekerjaan itu bagi pekerja mahir, termasuk bidang teknikal dan pengurusan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor,” katanya.

Tambahnya, kejayaan usahawan itu merupakan bukti usaha kerajaan untuk memperkasa rakyat di ECER, terutama di kalangan kumpulan pendapatan bawah 40 (B40).

Usaha sektor awam-swasta ini dilaksanakan dengan kerjasama SIRIM, Agrobank dan Maybank yang menawarkan bimbingan dan akses kepada pembiayaan untuk peserta usahawan ECER.

Setakat ini, Agrobank dan Maybank menyediakan bantuan RM188.5 juta kepada 5,567 peserta manakala kerajaan pula akan menampung sebahagian, iaitu RM30.6 juta daripada kadar faedah yang dikenakan atas pinjaman.

Sementara itu, anugerah utama dirangkul oleh Roslaimi Arifin, 48, dari Kelantan atas dedikasi beliau dalam mengubah perniagaan daripada perusahaan mikro menjadi syarikat berteraskan eksport.

“Saya mulakan Mitra Food Industries Sdn. Bhd. secara kecil-kecilan sejak 2006 dan menyertai program usahawan ECER-SIRIM pada 2013 untuk memanfaatkan kepakaran SIRIM dalam bidang pembungkusan, pelabelan dan pensijilan produk.

“Dalam tempoh dua tahun, Mitra berjaya mendapat kontrak mengeksport produk, termasuk Musang King White Coffee ke Nanning, China dan jualan tahunan meningkat sebanyak 133 peratus,” katanya.

Katanya, tahun lepas, syarikat tersebut mencatat jualan RM4.2 juta dan dijangka memperluaskan produk kopi itu ke wilayah lain di China.

Seorang lagi penerima anugerah, Latif Nor Sohor, 40, dari Pahang yang kehilangan kakinya akibat kemalangan juga mendapat latihan dan sokongan untuk memulakan perniagaan menghasilkan kuih bahulu.

“Bantuan itu telah berjaya mengubah kehidupan saya dan keluarga dengan menjana pendapatan sendiri. Kini, penghasilan bahulu mampu mencapai jualan RM180,000 setahun,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anugerah Usahawan GemilangDatuk Seri Najib Tun RazakECER
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPRM Tahan Datuk Seri, Anak Skandal Tanah P.Pinang

Next Post

12 Motosikal Musnah Dipercayai Dibakar

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

12 Motosikal Musnah Dipercayai Dibakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd