• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Cedera, Khemah Ekspo Muktamar PAS Kedah Ranap

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sembilan belas orang dilapor cedera termasuk seorang tidak sedarkan diri dalam kejadian ribut yang meranapkan khemah utama di Kompleks PAS Kedah, venue Muktamar PAS ke-63, di sini, malam tadi.

Berdasarkan maklumat awal kejadian berlaku pada pukul 7.25 malam membabitkan khemah yang menempatkan pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU-Haraki).

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Mohd Naim Mat Jaaffar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 7.43 malam.

Katanya berdasarkan laporan awal yang diterima, 19 mangsa cedera dengan 13 daripadanya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini. Seorang daripada mangsa dirawat di zon merah, sembilan di zon kuning dan tiga lagi di zon hijau, manakala bagi enam yang lain hanya dirawat di lokasi kejadian.

“Pihak hospital belum dapat memberikan maklumat mengenai tahap kecederaan dan identiti mangsa yang terlibat.

“Kami dimaklumkan bahawa ketika kejadian dianggarkan terdapat 3,000 orang berada di lokasi tersebut dan mangsa yang cedera akibat runtuhan telah dibawa ke hospital oleh orang awam, sebelum pasukan bomba tiba,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut sumber Urusetia Muktamar PAS, akibat kejadian itu, Majlis Makan Malam Dana Kompleks Kedah yang dijadual berlangsung pada pukul 8.30 malam tadi terpaksa dibatalkan.

Kawasan khemah berkenaan pula ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa manakala media tidak dibenarkan berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang saksi Azlina Azmi, 41, berkata ketika kejadian beliau dan suaminya berada dalam khemah surau di kompleks itu untuk menunaikan solat Maghrib namun terkejut mendengar bunyi angin yang kuat sehingga menyebabkan beberapa khemah bergoyang.

“Selepas itu saya segera menyelamatkan diri dengan pergi ke dewan dan melihat ramai yang cedera termasuk patah kaki lalu diusung oleh petugas ke dewan utama.

“Masa itu keadaan panik dan saya mendengar ramai orang di situ melaungkan takbir berikutan bimbang keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Hambali Ahmad, 35, yang merupakan peniaga gerai berkata ketika kejadian dia sedang menjual minuman sebelum dikejutkan dengan angin kencang.

“Ribut datang secara tiba-tiba terus saya berlari masuk ke dalam dewan kompleks sebelum terdengar jeritan mangsa-mangsa yang cedera terkena serpihan khemah yang runtuh.

“Orang awam yang berada di kawasan kejadian terus membantu mengangkat mangsa yang cedera ke dalam dewan dan memberi rawatan awal,” katanya.

Hujan lebat dan angin kencang pada kira-kira pukul 7.30 malam itu berlaku dalam tempoh 30 minit sahaja. – BERNAMA

Tags: KedahMuktamar PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd