• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 GRO Warga Asing Ditahan Di Ipoh Dalam Op Noda

oleh Ahmad Albab
29/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan 17 gadis warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Noda menerusi dua serbuan berasingan di sini semalam.

Dalam serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, diketuai Inspektor Nuraini Abu Hassan, polis turut menahan dua lelaki warga tempatan yang masing-masing pemilik premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata dalam serbuan pertama di sebuah pusat hiburan di Taman Cempaka kira-kira 6.30 petang, seramai tiga wanita warga Vietnam ditahan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan dan mereka ditahan di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, ” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Gan berkata dalam serbuan kedua di sebuah pusat urut kaki di Jalan Seenivagam pada 11.50 malam, seramai 11 wanita warga China dan tiga wanita warga Vietnam ditahan.

Gan berkata hasil pemeriksaan ke atas kesemua 17 wanita berkenaan yang berumur lingkungan 20 hingga 30 tahun mendapati mereka tidak mempunyai permit kerja yang sah.

“Pemeriksaan juga mendapati hanya tujuh sahaja yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Gan berkata kesemua wanita berkenaan kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai pasport yang sah.

Tambahnya enam lelaki warga tempatan yang juga pelanggan di pusat urut kaki ditahan untuk membantu siasatan.

“Dua pemilik premis juga disiasat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 55B kerana menggaji pekerja asing tanpa pas dan permit yang sah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelacurwarga asing
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PKR Cuma Hantar Naib Presiden Tak Dikenali Ramai

Next Post

Program Ziarah Bina Kesedaran Masyarakat

Related Posts

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

Gara-Gara Gagal Dapat Bilik, 3 Warga Asing Ditahan Cetus Pergaduhan

22/04/2025
0

BENTONG – Dua lelaki dan seorang wanita warga asing ditahan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di dalam sebuah kasino di...

Next Post

Program Ziarah Bina Kesedaran Masyarakat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd