• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Terima Kunjungan Hormat TPM Yemen

oleh Ahmad Albab
09/03/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemimpin Malaysia dan Yemen hari ini bertemu bagi membincangkan bidang kerjasama dua hala termasuk berkaitan isu serantau dan global yang melibatkan kepentingan dua negara.

Ia menjadi topik dalam pertemuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari Yemen, Abdulmalik Abdul Jalil Al-Mekhlafi kira-kira sejam di Perdana Putra di sini.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena pertemuan itu menyatakan sokongan Malaysia sepenuhnya kepada usaha wakil khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke Yemen untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang melanda negara itu.

“Ia adalah bagi memastikan kesepakatan, kedaulatan, kemerdekaan serta integriti wilayah Republik Yemen adalah terpelihara,” kata kenyataan itu

Kenyataan itu juga menyebut Malaysia menerusi platform PBB mengutuk serangan ke atas orang awam dan insfrastruktur seperti sekolah-sekolah dan hospital di Yemen yang mengakibatkan kesengsaraan kepada masyarakat.

Menurut kenyataan itu, Malaysia turut membantu dari aspek sumbangan kemanusiaan berjumlah US$100,000 semasa Mesyuarat Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah pada 2015.

Dalam aspek pendidikan, terdapat seramai 5,779 pelajar Yemen sedang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia sehingga 1 Mac lalu.

Seramai 300 pelajar Malaysia pula terdapat di Yemen. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiYemen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MB Johor Serah Kepada SPRM Siasat Exco

Next Post

Keputusan Stadium Berkecuali Diumum Esok

Related Posts

Israel Serang Pelabuhan Hodeidah Di Yemen

Israel Serang Pelabuhan Hodeidah Di Yemen

21/07/2024
1

TENTERA Israel melakukan serangan di Pelabuhan Hodeidah, dekat Yemen sebagai tindak balas terhadap kumpulan Houthi. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

Next Post

Keputusan Stadium Berkecuali Diumum Esok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd