• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Johor Serah Kepada SPRM Siasat Exco

oleh
09/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap seorang exco kerajaan negeri yang ditahan hari ini.

Mohamed Khaled berkata beliau bersimpati dengan penahanan terbabit yang bertujuan membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

“Kita bersimpati tetapi saya percaya kita serahkan kepada SPRM supaya kita dapat capai keadilan dalam soal ini (rasuah dan penyelewengan hartanah),” katanya yang ditemui pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Exco berkenaan ditahan kira-kira 11 pagi tadi ketika hadir di pejabat SPRM Johor Bahru.

Pada 24 Feb lepas, SPRM menahan enam individu iaitu anak dan seorang pegawai khas kepada seorang exco kerajaan negeri, dua orang pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam yang dipercayai terlibat dengan skandal rasuah dan penyelewengan hartanah di negeri ini.

Pada 28 Feb pula, SPRM turut menahan seorang lagi kontraktor lelaki dipercayai suspek ketujuh dalam kes berkenaan.

Exco terbabit kini sedang bercuti daripada tugas rasmi kerajaan negeri Johor sehingga siasatan berhubung skandal rasuah dan penyelewengan hartanah itu selesai.

Tiga daripada tujuh individu yang direman terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 3 dan 7 Mac lalu, manakala empat individu yang lain turut dibebaskan dengan jaminan SPRM, hari ini. – BERNAMA

Tags: Hartanah JohorKhaled NordinSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd