• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga India Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang warganegara India dan seorang warganegara Malaysia minta dibicarakan atas tuduhan melakukan rasuah bersama, di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini.

Warga India itu Balaji Ramachandran, 38, dan Abdul Nasar Kassim, 50, dari Sungai Buloh, Selangor dituduh melakukan rasuah kira-kira 12.10 tengah hari pada 12 Nov tahun lalu di dalam sebuah kenderaan yang diparkir di bahagian belakang premis Kamal Curry House di Kuching.

Mereka didakwa memberi suapan bernilai RM500 kepada seorang Pegawai Imigresen agar tidak mengambil tindakan ke atas pekerja mereka yang disyaki menyalah guna pas kerja sementara.

Mereka dituduh di bawah Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan tarikh 29 Mac bagi pengurusan kes dan dari 10 hingga 13 April bagi perbicaraan.

Kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan RM10,000 bersama dua penjamin.

Beliau turut mengarahkan mereka melapor kepada Jabatan Imigresen setiap Sabtu sementara Balaji diarahkan menyerahkan pasport antarabangsanya.

Pendawaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Asrie Mansur. – BERNAMA

Tags: rasuahwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd