• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vokal Dikritik Tidak Halang Aizat Bikin Lagu Buat Fattah

oleh Ahmad Albab
14/03/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketika kemampuan vokal Fattah Amin menerusi lagu Wanita Terakhir mendapat pelbagai kritikan negatif, pelakon itu bercadang merakamkan beberapa lagu lain sepanjang tahun ini.

Perkara itu didedahkan penyanyi Aizat Amdan selaku komposer lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah.

“Sepanjang tahun ini saya sudah kosongkan jadual untuk laksanakan projek bersama Fattah Amin.

“Memang ada lagu lain yang akan keluar. Kami sedang usahakannya untuk tahun ini,” katanya kepada mStar Online.

Aizat ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya sendiri berjudul Jangan Menangis di Ziffy Cafe, Kota Damansara pada Isnin.

Vokal Dikritik Tidak Halang Aizat Bikin Lagu Buat Fattah
Aizat yakin kesungguhan yang ditunjukkan Fattah Amin mampu menjadikan pelakon itu berjaya dalam bidang muzik.

Sebelum ini Fattah yang mencetuskan fenomena menerusi lakonannya dalam drama Suri Hati Mr. Pilot bersama pelakon Neelofa melancarkan single Wanita Terakhir pada awal Januari lalu.

Lagu hasil ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan itu penah menduduki kedudukan teratas carta iTunes Malaysia.

Bagaimanapun Aizat enggan mendedahkan maklumat terpeinci berhubung kerjasama antara syarikatnya Kasi Gegar Entertainment dan syarikat yang menaungi Fattah iaitu Fastyle.

“Kami selesa untuk terus jalin kerjasama. Tapi sama ada Fattah akan keluarkan album penuh atau tidak itu belum pasti,” katanya.

Ditanya mengapa dia mahu terus mengambil risiko mencipta dan menerbitkan lagu untuk Fattah yang tidak mempunyai asas dalam bidang nyanyian, Aizat berkata kesungguhan yang ditunjukkan aktor itu menarik minatnya selaku komposer.

“Waktu sesi latihan sebelum rakaman lagu Wanita Terakhir, dia betul-betul menunjukkan minat yang tinggi dan sanggup berlatih berulang kali.

“Perkara itu buatkan saya mahu terus bekerjasama dengannya. Jadi tahun ini saya akan bantu dia, beri tunjuk ajar dalam bidang nyanyian termasuk persembahan pentas.

“Saya cipta lagu ikut kemampuan vokalnya, jadi dia tak perlu jerit-jerit… ikut keselesaannya,” katanya. – mStar Online

Tags: aizat amdanFattah AminLAGU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd