• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Dua Bulan Makan Free Punya Pasal…

oleh AK-47
23/03/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GARA-GARA ingin lari dari bayar harga makanan, seorang pelanggan berusia 30-an dibelasah oleh sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah gerai makan di medan selera Taman Samudera, Manjung, Perak tengah hari kelmarin.

Menerusi rakaman video berdurasi 41 saat yang kini tular di media sosial, mangsa dipukul tiga lelaki dipercayai pekerja gerai makan berkenaan, di mana salah seorangnya turut menggunakan sebatang kayu.

Video itu mendapat reaksi negatif orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan yang disifatkan sebagai melampau.

Kejadian dikatakan bermula apabila adik perempuan pemilik kedai itu telah bertanya kepada lelaki berkenaan sama ada dia sudah membayar hutang yang sebelum ini.

Difahamkan, mangsa dikatakan tidak pernah membayar makanan sejak lebih dua bulan dia makan di premis itu.

Namun mangsa pada hari kejadian dikatakan bertindak sebaliknya dengan memarahi dan menolak wanita itu sebelum tiga lelaki masuk campur, termasuk memukul.

“Apabila dia datang semalam (Ahad), saya memerhatikan dia makan dan selepas itu membungkus dua nasi serta air sebelum menghala keluar tanpa membayar.

“Saya pergi kepada lelaki itu dan bertanya dengan cara baik, namun dia marah dan bertanyakan siapa saya serta berkata, ‘kau nak buat apa kalau aku tak nak bayar’ sebelm bertindak kasar dengan menolak saya.

“Dia cuba melarikan diri, namun adik lelaki saya lihat kejadian itu memegang lelaki terbabit sebelum dia melawan dan menolak adik saya sehingga berlaku pergaduhan mulut,” kata Sharmimie, adik kepada pemilik kedai makanan seperti yang dipetik Harian Metro.

Menurutnya, dua pekerja turut membantu adiknya dan membawa lelaki berkenaan ke tepi kedai dan menyanyakan alasan lelaki itu tidak mahu membayar makananan.

“Lelaki itu mengaku sudah lebih dua bulan tidak membayar makanan dimakan dan tidak melakukan perbuatan itu di kedai kami sahaja, malah merayu tidak dibawa ke balai polis.

“Kami tidak kejam hanya kerana tidak bayar makanan, lelaki itu dipukul kerana perkara ini boleh dibawa berbincang tetapi biarpun ditanya dengan baik, lelaki itu bertindak kasar sehingga menolak saya.

“Saya minta maaf dan mengakui kesilapan pekerja menggunakan kayu ketika itu dan saya lihat lelaki terbabit tidak luka serta masih boleh berjalan dengan baik, malah ketika di tepi kedai mereka tidak memukul lelaki itu,” katanya yang mengakui menghalalkan makanan dimakan lelaki itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah telah mengesahkan laporan dan siasatan lanjut kini dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Tags: belasahgerai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

Silap Identiti, Pelajar Tingkatan 5 Parah Dibelasah Beramai-Ramai

10/05/2025
0

SEREMBAN: Pelajar Tingkatan Lima parah akibat dibelasah beramai-ramai dalam kejadian di Paroi, di sini awal pagi semalam, dipercayai menjadi mangsa...

Mengaku Belasah Anak Perempuan Guna Kerusi, Papan Seterika, Bakul

Mengaku Belasah Anak Perempuan Guna Kerusi, Papan Seterika, Bakul

01/02/2024
0

Kuala Pilah : Bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan anak perempuannya menggunakan objek,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd